Bekas Suami Nabila Huda Nafi Bercinta Dengan Elizabeth Tan

Bekas suami pelakon Nabila Huda iaitu penyanyi kumpulan Tiga Swaggers, Zaidy Zailani menafikan khabar angin mengatakan dia kini sedang berpacaran dengan penyanyi yang semakin popular namanya, Elizabeth Tan.

Elizabeth Tan

Sebelum ini, Zaidy atau Eddie pernah muncul dalam video muzik lagu Knock Knock nyanyian penyanyi jelita itu.

“Saya tidak bercinta dengan Elizabeth. Saya hanya berkawan baik kerana berada di bawah satu pengurusan yang sama dan kami pernah bekerjasama sebelum ini. Elizabeth dan Tiga Swagger juga bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul Sayang Pulanglah Sayang.

“Ini pertama kali saya mendengar dakwaan ini. Saya tak pernah berjumpa secara peribadi dengan Elizabeth. Saya hanya berjumpa dengan dia hanya di pejabat dan acara di luar, semuanya atas urusan kerja. Saya terkejut dengan dakwaan ini,” katanya memetik laporan portal Murai.

Sebelum ini nama Elizabeth pernah digosipkan menjadi punca punca putusnya pertunangan antara Adira dan bekas tunangnya, Shahrul Nasrun namun penyanyi itu pantas menafikan dakwaan tersebut.

Eddie mendirikan rumah tangga dengan Nabila Huda pada 6 Disember 2008 namun bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, Eddie dan aktres berbakat besar itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila, 5, yang dijaga secara bergilir-gilir. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon