Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Anak Sulung

Setelah berteka teki beberapa ketika akhirnya berita yang tersebar berkenaan pasangan selebriti terkenal Malaysia, Yusri Abdul Halim dan Lisa Surihani diberikan kepastian iaitu mereka sah bakal menimang cahaya mata pertama tahun ini.

Yusry, Lisa Surihani
Yusry dan Lisa ketika mengumumkan berita gembira 
tentang cahaya mata sulung mereka di Pavillion.

Pengumuman gembira ini dibuat Yusri sendiri ketika majlis pelancaran trailer terbaharu filem Cicakman 3 di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Yusry berkata pelbagai teori tidak benar didapati terbit apabila dia dan Lisa mendiamkan diri berkenaan berita ini termasuk kononnya mereka terikat dengan kontrak eksklusif dengan stesen TV sedangkan punca sebenar adalah ia terlalu awal untuk diumumkan.

Mengulas lanjut tentang berita ini yang sudah bertebaran di laman sosial sejak Isnin lalu namun dibiarkan tanpa jawapan, Lisa turut menjelaskan mereka hanya mengikut adat orang tua-tua supaya jangan cepat sangat berkongsi berita kehamilan.

Atas sebab ini juga, mereka enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat berkaitan cahaya mata sulung yang sedang dikandungkan.

Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas bercerai dengan artis terkenal, Erra Fazira pada 2006 tanpa dikurniakan anak.

Sumber: Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon