Penipuan MLM, Eira Dan Azad Adakan Sidang Media?

Rasanya belum pun lama pelakon Eira Syazira dan suaminya, Azad Jasmin membuat kenyataan di media mengenai perniagaan multi-level marketing (MLM) yang mereka ceburi di bawah syarikat Rania Marketing Sdn. Bhd.

Eira Dan Azad

Khabarnya, perniagaan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu orang Melayu dan Azad sendiri berjaya membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi, Ducati hasil daripada pulangan pemasaran itu.

Tup-tup hari ini, lain pula cerita yang kami dengar!

Eira dan Azad dikatakan bakal mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan masalah yang berlaku dalam perniagaan itu gara-gara hampir 1,000 orang yang membuat pelaburan di bawah mereka dikatakan, tidak mendapat pulangan sepatutnya.

Justeru sebagai individu yang bertanggungjawab memperkenalkan perniagaan itu, Eira dan Azad difahamkan mahu memperjuang hak mereka biarpun pasangan ini sudah tidak lagi ada kena mengena dengan syarikat itu.
Kenyataan yang pernah dikeluarkan Azad Jasmin di akhbar mengenai perniagaan itu sebelum ini.

rania_marketing
Kenyataan yang pernah dikeluarkan Azad Jasmin di akhbar.

Untuk makluman, Rania Marketing adalah milik bekas ibu mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh.

Hmm… rasanya ini bukan kali pertama kita dengar masalah yang berlaku dalam perniagaan seumpama itu.

Apapun, kami tak beranilah nak komen selagi tak mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak. Barulah adil, betul tak?

Sumber: Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon