Tasha Shilla, Hans Dalami Agama Islam

Walaupun dilihat berpegangan tangan ketika berjalan bersama di atas karpet merah Anugerah MeleTOP ERA 2013 (AME 2013) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini, aktres jelita Tasha Shilla memberitahu hubungannya dengan ahli tinju sukan Muay Thai yang dikenali sebagai Hans masih lagi di peringkat awal perkenalan.


"Saya tidak hadir ke anugerah itu berdua dengan Hans. Saya datang bersama dua orang yang lain. Jadi tiada istilah kami mempunyai hubungan istimewa dan datang ke majlis tersebut berdua-duaan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

Diperkenalkan oleh aktres Sharifah Sakinah sejak enam bulan yang lalu, Tasha memberitahu, walaupun berbeza agama, jejaka tersebut menghormatinya sebagai seorang beragama Islam dan turut cuba mendalami ajaran Islam.

"Saya dan Hans masih berkawan dan dia begitu menghormati saya sebagai seorang Islam. Walaupun dia menganut agama lain, dia faham bahawa Islam melarang umatnya untuk mencacah tatu dan cuba perlahan-lahan untuk membiasakan diri menutup tatu berkenaan. Dia turut memakai pakaian berlengan panjang apabila keluar bersama saya.

"Malah sudah tiga tahun dia cuba mendalami dan mengenali ajaran agama Islam. Dia sendiri mempunyai ramai kawan-kawan daripada kalangan kaum Melayu. Selain itu, dia turut belajar membaca Al-Quran melalui kitab tafsir," jelas aktres berusia 28 tahun ini lagi.

Sementara itu pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abd. Razak ini turut terkilan apabila ada pihak yang mendakwanya dan Hans bercium ketika menghadiri AME 2013.

"Saya tak sangka ada individu yang sanggup membuat dakwaan sedemikian rupa. Majlis tersebut dihadiri oleh puluhan wartawan dan juga jurugambar. Jika saya dilihat bercium dan bercumbu di hadapan khalayak ramai, kenapa gambar saya tidak dirakam?

"Mengapa cerita ini perlu disampaikan melalui mulut ke mulut? Saya berharap agar individu terbabit dapat menunjukkan bukti terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya membuat tuduhan," katanya.

Sumber: Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon