Selepas lama berteka-teki terhadap hubungannya dengan dengan pelakon jelita, Almy Nadia, akhirnya Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dia bakal dijabkabulkan pada 30 Mei ini.
"Alhamdulillah, setelah lapan tahun bercinta dengan pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi, akhirnya kami akan disatukan pada 30 Mei ini," ujar Fizz ketika ditemui pada lokasi penggambaran "Cicakman 3" di Segi College, Kota Damansara, semalam.
Menurut Fizz, 34, majlis resepsi perkahwinan mereka akan berlangsung sehari selepas pernikahan iaitu pada 31 Mei ini secara serderhana di Hotel Vistana, Pulau Pinang manakala majlis belah keluarganya pula dijangka akan dibuat di kampung halamannya di Raub, Pahang.
Fizz turut memberi wang hantara sebnayak RM20,000 kepada Almy serta memilih Maldives sebagai lokasi bulan madu.
Dalam pada itu, Fizz turut memberitahu urusan mengenai persiapan perkahwinannya sudah tujuh peratus siap dan segala urusan persiapan diuruskan oleh Almy.

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon