Pelakon Indonesia, Nuri Maulida dilaporkan telah membatalkan majlis pernikahannya dengan tunangnya, Muhammad Adam Yahya yang merupakan usahawan Malaysia, baru-baru ini.
Sebelum ini, dikhabarkan aktres itu sepatutnya bernikah dengan Adam pada 22 November tahun lalu namun mereka menangguhkannya terlebih dahulu kerana keadaan kesihatan bapa Adam yang tidak berapa sihat ketika itu.
Namun, baru-baru ini ketika ditanya media Indonesia, Nuri mengakui dia tidak jadi berkahwin dengan Adam.
Nuri hanya memberi komen, “case close. Udah enggak” (pernikahan batal. Sudah tidak bersama lagi).
Aktres cantik itu juga enggan mendedahkan punca yang menyebabkan hubungannya terputus dengan jejaka berusia 30 tahun itu.
Untuk makluman, Nuri dan Adam bertunang pada 31 Ogos tahun lalu di kediaman keluarga Nuri di Cibubur, Jakarta Timur.
Majlis pertunangan mereka turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang merupakan kenalan rapat keluarga Adam.
Ini merupakan kali ketiga perancangan Nuri untuk mendirikan rumah tangga gagal dan terhenti di tengah jalan.
Sebelum ini, dia hampir berkahwin dengan aktor Ferry Ardiansyah dan Ferry Setiawan, namun kedua-dua tidak menjadi disebabkan tiada jodoh di antara mereka.
Namun, Nuri, 28, mengakui dia tidak serik dengan perkara tersebut dan kini menyerahkan perihal jodohnya di tangan Allah SWT. -Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon