Che Ta Luah Kata Romantis Buat Zain

Dalam diam, Rozita Che Wan ataupun mesra dipanggil Che Ta ini merupakan seorang yang agak romantis juga ya.


Ahad lalu, Che Ta telah menganjurkan satu majlis sambutan hari jadi buat suami tercinta, Zain Saidin, Ahad lalu.

Majlis surprise itu diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Zain yang ke-30 yang turut disambut bersama anak tirinya, Ammar Effendy.

Apa yang menariknya ialah kata-kata romantis yang disertakan sebagai ucapan buat Zain menarik minat peminat pasangan ini.

Antara yang ditulis Che Ta, 41, ialah, “whenever i think of how lucky i am to have a handsome, charming, loveable, cute and hot guy like you as my husband, i feel like a teenager again..could any girl ask for more? Im going to make sure that u have the widest and happiest birthday ever! Happy Birthday my love.”

Untuk makluman anda, Zain dan Che Ta bernikah pada 11 Disember lalu di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Pasangan ini telah memilih Eropah dan Bali sebagai destinasi bulan madu mereka.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon