Norish Karman Tamat Zaman Janda?

Pelakon dan penyanyi berstatus janda, Norish Karman akui dirinya masih belum bersedia untuk kembali berumah tangga walaupun sudah enam tahun bergelar ibu tunggal kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan kerjayanya.

Norish Karman Janda

"Ada yang cuba mendekati saya, ramai, malah ada juga yang hantar ibu bapa untuk masuk meminang saya, tapi saya menolak dengan baik kerana buat masa ini saya terlalu sibuk dengan kerjaya dan juga anak-anak," ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman, dia berasa cukup hidupnya cukup bahagia dengan adanya anak-anak disisi.

"Alhamdulillah. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya pun dah kembali aktif menyanyi sambil menguruskan perniagaan catering saya. Anak-anak saya sangat menyokong saya dan mereka juga banyak membantu saya.

"Tapi, kadang-kadang tu anak juga ada bertanya kepada saya, tidakkah saya mahu mencari pengganti. Kadang-kadang mereka menyuruh saya keluar dating," selorohnya.

Sementara itu, aktres berusia 39 tahun itu turut memberitahu jika dia mahu berkahwin kelak, dia mahu memastikan dahulu bakal suaminya itu benar-benar menyayanginya dan juga anak-anaknya.

Norish sebelum ini pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 15 Julai 2008.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon