Gwyneth Paltrow Nafi Curang

Aktres jelita Gwyneth Paltrow menafikan laporan bahawa dia pernah menjalin hubungan sulit dengan seorang peguam hiburan bernama Kevin Yorn.


Walaubagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh jurucakap kepada aktres tersebut.

"Cerita tersebut sangat mengarut dan palsu. Gwyneth mengenali Kevin secara kasual menerusi rakan perniagaan. Dia tidak terlibat dalam sebarang hubungan romantik dengannya," ujar jurucakap tersebut seperti dipetik daripada laporan Daily Mail.

Paltrow merupakan isteri kepada vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dan pasangan ini mempunyai dua anak sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003.

Dakwaan hubungan sulit ini dikatakan akan diselitkan dalam artikel yang telah dirancang oleh pengarang Vanity Fair, Graydon Carter untuk disiarkan dalam edisi Mac sebelum ini.

Namun Vanity Fair telah dikritik oleh aktres berusia 41 tahun itu yang mendakwa artikel berkenaan berniat untuk menjatuhkan dirinya serta karier.

Walaubagaimanapun Carter menafikannya dan memberitahu, mereka merancang untuk menyiarkan artikel mengenai Paltrow selepas dia dinamakan sebagai 'Selebriti Paling Dibenci' oleh majalah Star dan pada masa yang sama 'Wanita Tercantik Dunia' oleh People.

"Saya merasakan artikel mengenai dua sisi berbeza atau fenomena suka/benci dengan Paltrow adalah menarik.

"Namun selepas didakwa ingin menjatuhkan kariernya, kami membuat keputusan untuk tidak menyiarkannya," ujarnya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon