Steven Seagal Mahu Jadi Gabenor Arizona

Pelakon filem aksi Steven Seagal, 61, bercadang mengikut jejak langkah Arnold Schwarzenegger untuk meyertai politik dengan bertanding bagi jawatan gabenor di Arizona.


Pelakon filem Under Siege itu berkata dia ada membincangkan perkara itu dengan Syerif Maricopa County, Joe Arpaio ketika perbincangan membabitkan rancangan realiti mereka, Steven Seagal Lawman: Maricopa County.

Jika berjaya, Seagal akan mengikut contoh Schwarzenegger yang memegang jawatan gabenor di California dari 2003 hingga 2011.

Dalam rancangan berkenaan, Seagal pakar seni mempertahankan diri Aikido - berganding bahu dengan Arpaio yang mendakwa dirinya syerif paling gagah di Amerika.

Mereka menentang penjenayah bersama 3,000 sukarelawan terdiri daripada orang awam.

Seagal sebelum ini turut membantu pejabat syerif di New Mexico, Texas dan Louisiana selain berazam mempertingkatkan keselamatan di sempadan Amerika.

Setakat ini, Seagal belum menyatakan parti mana bakal diwakilinya, namun Arizona secara umumnya dipegang Parti Republikan.

Malah gabenor sedia ada, Jan Brewer adalah dari parti berkenaan dan dilantik pada 2009. -Agensi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon