Lady Gaga Mahu Membujang Sampai Tua!

Dia berpacaran dengan Taylor Kinney selama dua tahun dan Lady Gaga dilihat seolah-olah sudah bersedia untuk berkahwin dengan teman lela­kinya itu.

GAGA dan Kinney pernah memberi kenyataan ingin 
mempunyai anak seperti satu pasukan bola sepak.

Bagaimanapun, bekas teman lelaki pe­nyanyi berkenaan mendakwa Gaga tidak akan berkahwin walau betapa dalam pun cintanya terhadap Kinney.

“Muziknya sentiasa menjadi nombor satu dalam hidupnya,” kata pemuzik Rob Fusari dalam In Touch.

“Suami, anak dan rumah tangga bukan untuk Gaga,” katanya.

Mungkin ia sekadar pendapat Fusari memandangkan dia sudah mem­failkan saman AS$35 juta (RM114 juta) terhadap Gaga pada 2010.

Kinney pernah mendedahkan yang dia dan Gaga pernah berharap akan menimang anak bersama suatu hari kelak.

“Saya mempunyai ramai adik dan sudah tentu saya mahukan keturunan,” kata bintang Chicago Fire itu kepada Extra bulan lalu.

“Saya mahu anak seperti satu pasukan bola sepak kerana tidak dapat membayangkan hidup tanpa keluarga besar,” katanya.

Gaga pernah memberitahu Oprah Winfrey ketika wawancara awal tahun ini yang dia inginkan anak seperti satu pasukan bola sepak, selain turut menyuarakan hasrat untuk mempunyai suami.

“Ya, itu impian saya. Saya tidak mahu hanya ada seorang anak kerana saya mahu ramai,” katanya.

Namun, dia juga menambah bagaimanapun masa­nya belum tiba untuk membina keluarga.

Gaga, 27, yang tiba di Chicago pada Rabu dilihat memakai kasut bertumit amat tinggi yang mungkin boleh menyebabkan dia patah buku lali jika jatuh tersandung.

Namun, dia kelihatan tidak kekok apabila dilihat berjalan dengan selesa dilapangan terbang.

Gaga turut menggayakan rambut palsu hijau selepas muncul dengan rambut palsu platinum keemasan ketika membuat persembahan dengan bekas pesaingnya Christina Aguilera dalam rancangan akhir The Voice sehari sebelum itu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon