2013 menjadi tahun yang penuh sensasi bagi Julia Perez

Selain pencapaian yang diraihnya, dia juga terbabit dalam kes perundangan.

Jupe bersama anugerah yang dimenanginya.

Julia yang lebih dikenali de­ngan Jupe, pernah merasakan kedinginan dalam Penjara Pondok Bambu berkait dengan kes bergaduh dengan Dewi Persik.

Bagaimanapun, bagi penya­nyi dangdut dan pelakon filem itu, dia bersyukur dengan semua pengalaman yang dilaluinya sepanjang tahun in.

“Bagi saya, tidak ada istilah tutup buku dalam hidup.

“Selagi saya bernafas, semua yang saya lalui adalah babak-babak kehidupan yang perlu saya tempuh. Saya ikhlas dan pasrah dengan apa juga yang saya lalui.

“Bagi saya, tidak wajar kita membezakan pengalaman yang ditempuh. Semuanya sama, baik yang buruk mahupun yang baik,” kata Jupe ketika ditemui di Malam Anugerah Piala Maya 2013 di Jakarta kelmarin.

Dia menganggap apa yang dilaluinya itu sebagai takdir yang sudah ditentukan Allah.

“Setiap orang punyai takdir. Setiap orang mempunyai sejarah masing-masing. Bagi saya, saya hadapi segala takdir yang sudah ditetapkan. Kerana itu saya lebih bersifat ikhlas dalam menjalani kehidupan ini,” katanya.

Mengulas mengenai hubu­ngannya dengan pemain bola sepak Gaston Castano, Jupe yang nama sebenarnya Yulia Rachmawati berkata, dia menganggapnya sebagai babak baru dalam hubungan cintanya.

“Pertunangan itu hanya permulaan kehidupan saya. Kelak, jika kami bernikah, ia akan menjadi babak baru yang lain,” katanya.

Pada acara kelmarin, Jupe memenangi anugerah Aktres Terbaik, mengalahkan beberapa calon lain seperti Adinia Wirasti, Prisia Nasution, Ratu Felisha dan Ririn Ekawati.

Mengulas kemenangannya itu, dia berkata, ia mendorong­nya untuk bekerja lebih keras lagi.

“Selama ini orang menganggap saya cuma menang sensasi saja. Tapi kemenangan saya ini menyangkal tanggapan mereka,” katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon