Michael Ang Kecewa Dituduh Rasis

Pengarah dan penerbit drama popular, Michael Ang kecewa dan kesal dengan tindakan segelintir peminat yang menggelarnya rasis di laman sosial Twitter selepas dia dikatakan hanya membantu peserta berbangsa Cina dalam program "MasterChef Malaysia All Star


"Mereka (penonton)menggelar saya bersikap perkauman hanya berdasarkan apa mereka lihat di televisyen, tapi mereka tak tahu bukan semua yang berlaku ketika pertandingan itu dimasuk dalam program.

"Padahal isu perkauman langsung tak wujud dalam kalangan kami (peserta). Kami tak pernah terlintas mengenai soal bangsa atau agama. Orang mengutuk begini memang berfikiran sempit," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Michael lagi, tuduhan seperti itu adalah satu penghinaan terhadap dirinya yang aktif berkarya dalam industri drama Melayu.

"Sebelum ini saya kena kutuk orang kata gemuk lah, lembut la saya tak pernah peduli tapi untuk tuduhan saya bersikap perkauman, itu melampau. Kalau saya saya begitu, saya tak perlu bersusah-payah buat drama Melayu dan bagi peluang pekerjaan kepada ramai artis Melayu.

"Saya berharap respon yang saya berikan terhadap kecaman itu akan membuka mata masyarakat yang berfikiran sempit."

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon