Kurus Melampau, Nicole Richie Hanya Makan Kuaci

Nicole Richie kembali menghadapi masalah kurus melampau apabila beratnya kini cuma 39 kilogram.


Perkara ini ketara terlihat dalam satu gambar yang diambil Selasa lalu, ketika Nicole menghadiri satu majlis makan malam di Beverly Hills.

Anak perempuan penyanyi legenda Lionel Richie ini dikatakan menghadapi masalah kurus melampau sama seperti pada 2006 apabila dia cuma memakan kuaci dan sayur seleri serta minum jus.

Bagi menghilangkan lapar, dia dilaporkan mengunyah gula-gula getah.

Obses kurus Nicole ketara sejak Jun tahun lepas dan tubuhnya mula kelihatan seperti rangka sejak November lalu, ketika dia mengenakan dres putih sewaktu menghadiri American Music Awards.

Antara punca Nicole menjadi terlalu kurus dikatakan kerana suaminya, Joel Madden jarang berada di sisi untuk mengambil tahu keadaan isterinya.

Joel yang sibuk dengan program The Voice di Australia bagaimanapun dilaporkan amat bimbang dengan keadaan Nicole dan sering menasihatinya supaya mendapatkan nutrien yang cukup demi dua anak mereka.


Sumber: Dailymail

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon