Sejak putus cinta dengan Shahrizal Jaszle, nama pelakon Miera Liyana tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Sebaliknya kini, gadis itu dilihat lebih fokus terhadap kariernya lebih-lebih lagi dia baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang bagi Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi Anugerah Skrin yang diadakan pada 29 November lalu.
Namun, walaupun mengakui dirinya masih single, Miera turut menyimpan impian untuk mencari lelaki idaman yang memenuhi kriterianya.
“Cinta lalu banyak memberi pengajaran. Ketika itu saya masih mentah. Tetapi saya tak nafikan perlukan cinta sebagai sokongan.
"Tetapi kebanyakannya tak bertahan lama kerana tak mampu bertolak ansur dengan jadual kerja saya.
"Saya leibh suka lelaki yang lebih dominan daripada saya bukan sebaliknya,” katanya memetik laporan yang disiarkan Bi-Pop.
Sementara itu, Miera mengakui berdebar menantikan reaksi penonton untuk tiga filem terbarunya, Dendam Orang Mati, Apokalips dan Rentaz yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.
-Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon