Beyonce yang mengeluarkan album baru melalui iTunes, telah berdepan dengan kecaman daripada peminatnya selepas video berkenaan mengandungi lirik dan imej lucah.
Beberapa aksi dalam video berkenaan menunjukkan Beyonce berpakaian ketat dan separuh bogel sambil mengadakan persembahan bersama penari bogel.
Beyonce juga berulang kali menggunakan perkataan merujuk kepada seks dan alkohol selain mencarut.
Keadaan ini menyebabkan Beyonce dikritik dan dipersoalkan oleh peminatnya sama ada dia layak menjadi model kepada berjuta-juta peminatnya yang juga golongan belia.
Beberapa jam selepas video itu dikeluarkan, dia dihujani dengan kecaman demi kecaman.
Mereka tidak menyangka kerana penyanyi itu sanggup mengikut jejak Rihanna dan Miley Cyrus, yang mengejutkan penonton dengan video muzik erotik.
Beyonce juga dikatakan `menjual’ anaknya, Blue Ivy , yang turut muncul dalam video berkenaan.
Susulan itu, ibu bapa dan aktivis menggesa supaya 17 video yang boleh disaksikan dalam YuoTube dan iTunes, diharamkan kerana mengandungi bahan lucah.
“Ini amat memalukan kerana Beyonce tidak akan ke mana-mana dengan mengikut jejak Rihanna, iaitu penyanyi yang sememangnya diketahui sengaja mencari kontroversi.
“Beyonce sebelum ini sering dilihat sebagai contoh terbaik dan menghasilkan muzik yang memberikan mesej berunsur kekuatan kepada wanita dan gadis-gadis.
“Saya sering terfikir bintang sepertinya tidak memerlukan aksi (lucah) sedemikian rupa,’’ kata Vivienne Pattison, iaitu salah seorang daripada anggota kumpulan Mediawatch-UK.

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon