Nama Chacha mungkin tidak sepopular kakaknya, Emma Maembong, namun bakat yang ada pada gadis 17 tahun ini tidak kurang hebatnya.
Mula dikenali menerusi Mimpi Cinderella dan Setia Hujung Nyawa, pemilik nama sebenar, Siti Aisyah Maembong ini mengakui turut meninggalkan persekolahan demi mengejar minatnya dalam bidang lakonan.
Malah, dia juga sanggup mengetepikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya diduduki pada hujung tahun ini.
Akui Chacha, dia hanya sempat menjalani sesi persekolahannya sehingga tingkatan dua sahaja.
Bagaimanapun, ia tidak menghalangnya meneruskan pembelajaran di rumah.
“Berhenti sekolah tak bermakna saya berhenti belajar.
“Saya lebih selesa belajar di rumah dan tahun ini akan lebih fokus terhadap pelajaran kerana saya akan menduduki SPM sebagai calon persendirian.
“Cikgu akan datang mengajar di rumah dan kalau ada penggambaran atau terlalu sibuk, saya akan belajar melalui portal atau tutor TV dan beberapa sumber rujukan lain,” katanya.
Hati sudah dimiliki?
Memiliki rupa paras menawan, tidak mustahil orang secantik Chacha ini sudah mempunyai kekasih hati.
Bagaimanapun, akui Chacha, dia masih belum memikirkan soal itu kerana agenda utamanya kini adalah untuk berjaya dalam industri seni.
“Buat masa ini, saya masih tidak mempunyai kekasih dan memang tidak pernah terfikir untuk bercinta ketika ini.
"Sekarang saya mahu mencapai cita-cita sebagai pelakon terlebih dahulu. Lagipun, Chacha masih terlalu muda dan mentah untuk memikirkan soal percintaan. Biarlah kerjaya Chacha kukuh dahulu,” ujarnya,
Mengimbau pembabitannya dalam dunia glamor, Chacha memberitahu dia meminati dunia seni sejak masih kecil. Maka kerana itulah dia mengambil keputusan untuk aktif dalam dunia lakonan seawal usia remaja.
“Saya akui, memang sangat meminati dunia seni ini lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan. Sejak dari kecil lagi saya minat berlakon tetapi saya lebih aktif dalam bidang peragaan dan sekarang ini saya mahu lebih fokus kepada dunia lakonan," katanya yang mendapat sokongan penuh dari keluarga tercinta.
-Sinarharian
Cacha Maembong.

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon