Justin Bieber Di Serang Peminat Ketika Konsert

Penyanyi terkenal, Justin Bieber diserang ketika membuat persembahan pada konsertnya di Dubai, semalam.


Seorang lelaki naik ke pentas dan menyerang Bieber dari belakang di saat penyanyi berusia 19 tahun itu sedang bermain piano serta menyanyikan ‘Believe’.

Pengawal keselamatan berjaya mengawal keadaan di mana Bieber meneruskan persembahannya di pentas sebelah.

Eksekutif Done Events, Thomas Ovesen memberitahu National, “seorang peminat muda terlalu terdesak untuk menemui idolanya sehingga naik ke atas pentas. Tapi berjaya dikeluarkan dan Bieber meneruskan persembahannya dengan profesional.”

Tambahnya, “tiada tindakan diambil ke atas peminat tersebut.”

Selepas tiga minit berehat, Bieber kembali ke pentas dengan menyampaikan lagu, Boyfriend dan Baby.

Menurut Billboard, Bieber membatalkan untuk menyanyikan salah satu lagunya, One Less Lonely Girl untuk konsert di Dubai sebagai tanda menghormati kepercayaan negara Muslim.

-Sinarharian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon