Kontroversi yang mengatakan pelakon sasa Remy Ishak sedang bercinta dengan rakan pelakon Maya Karin semakin bertebaran sejak akhir-akhir ini.
Ini dikuatkan lagi dengan gambar-gambar percutian mereka di Imbak Canyon, Sabah yang sering dimuat naik oleh Remy melalui akaun Instagramnya.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Remy menerusi petikan MalaysianDigest berkata, “ya, saya bercuti di hutan simpan Imbak Cayon dengan Maya. Sebenarnya kami ke sana atas jemputan oleh pihak Yayasan Sabah selama empat hari. Dua hari kami di Imbak Cayon, dua hari lagi kami di Gunung Kuli. Kami ke sana dengan Dr. Rahim Mat Shah yang merupakan kenalan Maya dan diiringi sekumpulan pengkaji ekologi. Seronok sepanjang berada di sana sebab kami juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai alam semulajadi dan ekologi”.
Remy turut menjelaskan minat yang sama menyebabkan dia boleh rapat dan sekepala dengan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 25 itu.
“Kami punya minat yang sama iaitu suka buat aktiviti-aktiviti luar dan kami suka alam semulajadi, itu yang buatkan kami rapat.
“Memang kami juga selalu berhubung. Kalau sama-sama ada masa, kami keluar makan. Itu perkara normal. Apa yang boleh saya katakan, sekarang ini kami kawan rapat.
“Tapi tak tahulah masa depan, kan… kerana soal hati ni semuanya kerja Tuhan. Saya tak berani cakap lebih,” katanya.
Rasa-rasanya peminat pun sudah ramai yang mendoakan hubungan kedua pelakon sama cantik sama padan ini menjadi kenyataan.
Yalah, masing-masing pun tengah solo sekarang.
Tak gitu?
-Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon