Fazura Tak Risau Kahwin Di Usia Tua

Pelakon cantik, Fazura tidak meletakkan sebarang had umur untuk dia menamatkan zaman bujangnya walaupun ketika ini usianya sudah pun mencecah 30 tahun.


“Saya sentiasa optimis dalam soal kahwin dan jika sampai waktunya saya akan kahwin tetapi biarlah takdir dan masa yang menentukan.

“Saya juga bersyukur keluarga tidak pernah memaksa dan memberi tekanan kepada saya untuk segera berkahwin sebaliknya sentiasa menyokong apa juga yang saya lakukan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.

Tambah Fazura, dia tidak perlu risau mengenai perkara itu kerana baginya jika sudah tiba masa untuk berkahwin, dia pasti kahwin juga.

Menyentuh mengenai kerjayanya, Fazura bakal terbang ke Turki pada April ini bagi menjayakan filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly di mana dia sekali lagi disatukan bersama Sam.

“Saya teruja untuk berlakon di bawah arahan Bernard, saya tahu dia seorang yang bagus lagipun sejak tahun lalu lagi dia sudah menawarkan saya watak dalam filem Manisnya Cinta jadi rasanya tidak salah untuk saya mencuba,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan butik House Of Doll (HOD), Fazura begitu teruja untuk menambah cawangan butik berkenaan selepas melihat maklum balas positif terhadap butiknya di Bangsar.

“Alhamdulillah ramai yang suka dengan reka bentuk baju yang ada di HOD dan ada peminat berharap saya dapat membuka cawangan di tempat lain.

“Saya sedang merancang untuk membuka cawangan di sekitar Kuala Lumpur ada beberapa tempat yang sudah dikenal pasti tetapi biarlah menjadi rahsia saya dulu,” jelasnya.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon