SERING meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak bersama, pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai terus dapat pujian netizen. Ini bukan kali pertama sambutan bersama itu dilakukan.
Terbaru Fasha bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih mesra disapa Jejai meraikan sambutan hari lahir keempat anak mereka, Jemyma semalam mendapat pujian netizen.
Perkara itu dikongsikan Fasha di akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi kapsyen foto tersebut, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan menyatakan ia hanya sambutan secara ringkas dan dihadiri oleh ahli keluarga rapat sahaja.
"Tiada apa yang paling mengembirakan ibu, selain melihat anak-anak ibu bahagia," tulisnya.
Terdahulu, Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4 tahun.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata memuji tindakan Fasha dan Jejai yang saling bekerjasama untuk memberi kebahagiaan kepada puteri tunggal mereka di hari ulang tahun kelahirannya. -sinar online
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon