Neelofa Tolak Tawaran Berlakon Di Indonesia?

Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan buat masa ini.

Kali terakhir, Neelofa membintangi drama bersiri istimewa sempena Syawal, Ti Amo Sweetheart 100 Hari bersama aktor Zul Ariffin.

"Selain mengacarakan MeleTOP, saya kini sering mengembara ke luar negara untuk beberapa kempen dan bercuti.

"Buat masa sekarang, saya tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti lakonan.

"Baru-baru ini, saya mendapat tawaran untuk berlakon dalam produk yang membabitkan usahasama antara dua negara, Malaysia dan Indonesia. Tetapi tawaran itu saya belum sahkan dan harus menyemaknya semula," katanya.

Neelofa ditemui di acara khidmat masyarakat My Cup of Kindness bersama Starbucks di Starbucks Four Season, Jalan Ampang, baru-baru ini.

Menerusi acara tersebut, RM0.50 dari setiap cawan pembelian minuman 'summer beverages' berperisa 'apricot peach' dan 'ruby grape' akan didermakan kepada badan kebajikan pilihan Neelofa.

Ketika ditanya adakah dia mahu mengembangkan bakatnya di Indonesia dengan menerima tawaran berlakon di sana, gadis ini mempunyai pendapat tersendiri.

"Saya tak mahu terus menerima jika ada tawaran. Saya tak mahu tangkap muat kerana semuanya harus difikirkan secara mendalam kerana saya mempunyai banyak komitmen di Malaysia," katanya mengakhiri perbualan. -astroawani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon