Hantu Kak Limah Pecah Rekod Lagi, RM27.5 Juta Dalam Tempoh 15 Hari!

Filem Hantu Kak Limah (HKL) masih membuktikan kejayaannya dengan kutipan pecah panggung RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari.

Filem itu bukan sahaja memecah rekod kutipan paling tinggi di Malaysia, malah turut menjadi penanda aras baru dalam industri perfileman negara.

Pihak Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim tidak menjangkakan filem itu akan mencapai kejayaan luar biasa.

Filem arahan Mamat Khalid ini juga mampu bersaing dengan filem luar negara bagi pasaran Malaysia.

Malah, HKL turut meriah diperkatakan di laman sosial oleh penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang yang terhibur dengan naskhah ini.

Lebih menarik, ada yang menobatkan filem ini sebagai filem hiburan sekeluarga.

Hantu Kak Limah dibarisan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan ramai lagi.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini turut menampilkan pelakon Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz turut muncul sebagai tetamu istimewa. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon