Sheeda Mohon Maaf Video Prank Bergaduh Dengan Ifa Raziah Tersebar

PENYANYI dangdut, Sheeda, 54, meminta maaf kepada netizen kerana kesilapannya memuat naik rakaman video ‘pergaduhan’ dengan Ifa Raziah di parkir kereta, baru-baru ini.

Sheeda ketika ditemui menjelaskan rakaman video bedurasi 43 saat itu dibuatnya kerana berniat mahu bergurau dengan suami, Sukri Hashim, 37.

“Saya sebenarnya nak ‘prank’ suami dengan video itu selepas dia menjernihkan semula hubungan saya dan Ifa.

“Saya dan Ifa, kami sudah setahun tidak bertegur sapa. Tetapi, suami saya berusaha mendamaikan kami.

“Jadi, kami bermaafan ketika bertemu di majlis ramah mesra dan minum petang di Istana Negara pada 11 Julai lalu,” katanya.

Sheeda berkata dia kemudian merancang merakam video seolah-olah bergaduh dengan Ifa di parkir kereta di Publika.

Jelasnya, dia tidak menyangka video itu tular dan mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik di Instagram (IG).

“Ingin dijelaskan juga, video itu tidak saya rakam untuk tujuan promosi drama bagi slot utama TV.

“Begitu juga, atas tujuan menambah pengikut saya di laman sosial. Saya tidak kejar itu semua,” katanya.

Menurut Sheeda, dia juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik video di laman sosial selepas ini.

“Saya minta maaf pada semua netizen dan akan pastikan tidak memuat naik video seperti itu lagi.

“Saya harap dengan penjelasan ini, semua isu termasuk apa saja spekulasi yang timbul akan berakhir,” ujarnya.

Apa pun, Sheeda berkata dia juga sudah memuat naik video memohon maaf kepada netizen di laman sosialnya. -hmetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon