Remy Buat Laporan Polis Selepas Diugut Pelanggan

Pelakon Remy Ishak membuat laporan polis selepas mendakwa dia diugut seorang lelaki yang mahu mengambil kesempatan terhadap status selebritinya.

Remy, 36, membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Ampang Jaya di sini pada pukul 2.30 petang semalam.

Terang pelakon filem Pulang itu, masalah timbul apabila salah seorang pelanggan yang berurusan dengan tunangnya, Ezza Yusof bertindak memulangkan kembali barangan yang dijual dan menuntut wangnya dikembalikan.

“Tunang saya menjalankan perniagaan membuat kasut tempahan khas untuk perkahwinan.

"Pada mulanya semua berjalan lancar, pelanggan terbabit telah pun membayar dan mengambil kasut yang ditempah.

“Tidak tahu apa masalahnya, kasut itu dikembalikan dan pelanggan tersebut mahu menuntut wangnya semula. Walhal tidak dinyatakan apa masalah dengan kasut yang dibeli.

"Pihak pelanggan itu juga enggan memberi kerjasama apabila diminta berunding,” kata Remy ketika dihubungi.

Tambah Remy, pelanggan itu cuba mengambil kesempatan selepas mengetahui Ezza adalah tunangnya dengan mengugut mahu tularkan masalah yang berlaku antara mereka kepada umum.

Oleh itu, sebagai langkah mempertahankan diri, Remy terlebih dahulu membuat laporan polis.

Terdahulu Remy membuat naik video di Insta Story di akaun Instagramnya mendedahkan dia telah membuat laporan polis selepas diugut seorang lelaki dan turut memuat naik gambar laporan polis yang dibuat. -kosmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon