Aidid Marcello Cemas Gagal Buang Air Kecil Selepas Pembedahan Lutut

PENGACARA Aidid Marcello berkongsi detik cemas apabila tidak mampu membuang air kecil selepas menjalani pembedahan pada bahagian lutut kirinya pada Sabtu lalu.

Aidid menerusi Instagram memberitahu perkara itu berpunca akibat kesan sampingan ubat tahan sakit yang diberikan kepadanya namun keadaannya semakin pulih.

Jelasnya lagi, pembedahan tersebut berjalan lancar dan pergerakannya semakin baik selepas melakukan fisioterapi.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar! Semua dipermudahkan. Jadi hari ini dah buat fisioterapi dan banyak juga peningkatan.

"Cuma paling perit bila tak dapat kencing semalam memang cuak. Itu adalah kesan sampingan ubat tahan sakit.

Aidid kini menjalani rawatan fisioterapi.
"Tapi buat masa sekarang Alhamdulillah," kata Aidid.

Aidid dipercayai mengalami kecederaan serius itu sehingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, bekas personaliti TV3 itu memberitahu pembedahan itu adalah pengalaman pertamanya dimasukkan ke hospital sepanjang hidup.

"2018-1980 = 38 tahun. Alhamdulillah, aku dibesarkan di kampung membawa ke bandar, dari bujang sampai kahwin, Allah kuatkan semangat dan jaga kesihatan aku.

Pertama kali dalam hidup Aidid dimasukkan ke hospital.

"Tapi hari ini (Jumaat) dalam sejarah, akhirnya tangan aku ditusuk jarum dan merebahkan diriku di tilam hospital menunggu kurang lebih 21 jam sebelum lututku di perbaiki," tulisnya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berkongsi pengalaman yang sama dan mendoakan Aidid supaya sembuh dengan cepat.

"Macam suami saya. Tiga bulan cuti kerja, tiap minggu buat fisio dan follow up. Dua minggu selepas pembedahan dah tak pakai tongkat. Alhamdulillah sekarang dah okey.

"I feel you. Sebab pernah melaluinya. Dalam masa tiga bulan baru boleh jalan dengan betul. Semoga cepat sembuh. Kena rajin buat fisio.

"Nasib kita sama abang @aididmarcello.

"Semoga kita sama-sama cepat sembuh. Amin," komen beberapa pengikut di laman sosial. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon