PELAKON dan pengacara Yana Samsudin berkata niat baiknya untuk menolong seorang pereka fesyen, Zery Zamry bertukar mimpi ngeri apabila individu terbabit gagal menjelaskan hutangnya walaupun selepas tiga tahun.
Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin berkata sikap pereka berkenaan yang seolah-olah melarikan diri daripadanya amat dikesali.
“Niat saya baik, saya nak bantu ketika dia dalam kesusahan.
“Sebagai seorang Islam, tanggungjawab saya adalah meminta kembali wang yang dipinjamkan namun terpulang kepada beliau untuk melunaskannya atau tidak, “ katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, suami kepada Yana iaitu Fadzil Zahari mendedahkan tuntutan hutangnya terhadap seorang pereka fesyen masih belum dapat diselesaikan secara baik.
Sebaliknya, Fadzil berkata, pereka fesyen itu telah memuat naik beberapa foto lama isterinya ketika wanita itu belum berhijab dengan niat tertentu.
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon