Sheeda Dan Ifa Raziah Bertengkar Di Parkir Kereta

DUNIA hiburan pada malam Selasa dikejutkan dengan sebuah video memperlihatkan dua penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan Sheeda bertikam lidah di ruang parkir dipercayai di sebuah pusat beli-belah.

Video berdurasi 43 saat itu dimuat naik oleh Sheeda di Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen pada video itu, Sheeda mendakwa Ifa memburuk-burukkan dirinya kepada pihak lain namun tidak berani bersemuka apabila diminta berbuat demikian.

Penyanyi lagu Angkat Kaki itu menerusi kapsyennya turut melabel Ifa sebagai wanita 'plastik' selain suka mencari pasal dan penipu.

"Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik. Suka buat hal. Kena bagi pengajaran supaya dia insaf.

"Pandai pula ko (kau) lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku.

"Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan Ifa yang berjalan seorang diri disapa oleh Sheeda yang meminta penyanyi itu bersemuka dengannya.

Sheeda turut dilihat menolak bahu Ifa beberapa kali dan akhirnya bersemuka lalu pertengkaran di antara mereka tercetus sebelum bekas peserta program Gegar Vaganza itu berlalu pergi.
Kedua-dua penyanyi ini bertengkar di parkir kereta.

Sementara itu, usaha mStar Online mendapatkan penjelasan daripada Sheeda berhubung isu itu gagal apabila pengurusnya dikenali sebagai Ayie memaklumkan penyanyi itu mahu bertenang terlebih dahulu.

Manakala Ifa yang dihubungi juga enggan mengulas insiden berkenaan namun memberitahu dia berada di balai polis dipercayai berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada ia pergaduhan sebenar ataupun sekadar gimik mereka sahaja.

Kedua-dua penyanyi berkenaan sebelum itu menghadiri majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara pada petang Selasa.

Lebih 500 penggiat seni pelbagai latar belakang hadir pada majlis berkenaan yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, produser, pereka fesyen, aktivis seni serta usahawan. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon