PELAKON Memey Suhaiza, 30, baru sahaja selamat bersalin cahaya mata ketiga, yang juga merupakan seorang bayi perempuan.
Berita gembira tersebut dikongsikan suami Memey, pelakon Norman Hakim, 42, menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.
Tidak mampu menyembunyikan rasa teruja, Norman telah memuat naik sekeping gambar yang sedang mencium cahaya matanya yang baru lahir itu.
“Marhaban Ya Baby Girl. Izinkan papa mencium bau-bauan syurga,” tulis Norman pada Kapsyen.
Terdahulu sebelum, Memey beberapa jam tadi telah memaklumkan dia kini sudah berada di hospital apabila mendapati dirinya sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga ALLAH membalasnya. -astroawani
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon