Meghan Markle Belajar 'Speaking' British

MEGHAN MARKLE dan Putera Harry belum pun genap dua bulan mendirikan rumah tangga, namun Duchess of Sussex itu dilihat semakin selesa dengan kehidupan baharunya.

Meghan dikatakan sudah boleh mengadaptasi telor British ketika sesi ramah mesra bersama rakyat.

Pengguna Twitter Aya El Zeiny berkongsi video Meghan, 36, berbual dengan peminat pada majlis solo pertamanya bersama Permaisuri Elizabeth II di Chesire, England pada bulan lalu.

Video tersebut tular sekali lagi baru-baru ini selepas netizen mendapati gaya pertuturan pelakon dari Los Angeles itu sedikit berubah.

"Kita semua menikmati hari yang indah, saya rasa," kata Meghan dalam klip video tersebut selepas seorang wanita memujinya yang kelihatan jelita pada hari perkahwinannya.

"Matahari menyinari hari untuk kita semua," ujar Meghan.

Tiada keraguan bahawa Duchess of Sussex tampil sepadan dengan status terbarunya sebagai seorang puteri, tetapi netizen mula berdebat sama ada Meghan menggunakan telor British atau tidak.

"Meghan Markle bercakap dengan telor British dan ia kini membuatkan saya berasa kagum," tulis seorang wanita, Meg dan dia bukan berseorangan yang berpandangan begitu.

"Saya baru sahaja menonton video yang menunjukkan Meghan Markle mula memiliki telor British dan saya sangat sukakannya. Anda tidak ada idea tentangnya," tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Terdapat segelintir netizen yang berkata Meghan mengikut jejak langkah Madonna yang bertutur dalam telor British ketika pindah ke England sewaktu berkahwin dengan Guy Ritchie dahulu. - Mail Online UK

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon