Intan Liana Bersedia Kahwin Lagi Andai Ada Jodoh

BEKAS isteri kepada pemuzik, Ude iaitu Intan Liana Saleh memberitahu dia tidak berasa fobia untuk berkahwin lagi andai dipertemukan jodoh.

Intan berkata begitu ketika menerima pelbagai pertanyaan daripada aplikasi Ask Me Question di Insta Story.

Ibu kepada dua anak lelaki ini berseloroh, dia ada terfikir untuk mencari calon baharu tetapi tidak ada yang mahu.

"Tidaklah, kahwinkan tuntutan Islam, kahwin jela kan...Hihih.

"Ada rasa nak cari pengganti tapi takde orang nak," jawabnya.

Pada masa yang sama, Intan turut menjawab soalan mengenai ciri-ciri bakal calon suami.

"Jejaka itu mestilah seorang yang comel, mengambil berat, bertanggungjawab, rajin dan menjaga solat," katanya.

Intan mendirikan rumah tangga bersama Ude pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Intan diceraikan dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon