Forbes Diselar Netizen Gara-gara Kylie Jenner

MAJALAH Forbes menerima kritikan hebat apabila menamakan bintang realiti Kylie Jenner sebagai usahawan yang berjaya atas usaha sendiri pada muka depan isu terbaharunya.

Daily Mail melaporkan Forbes turut melabel Kylie sebagai ratu kosmetik dan pada usia 21 tahun dia adalah usahawan paling muda berjaya atas kakinya sendiri.

Forbes turut melaporkan Kylie mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$900 juta (RM3.6 bilion) hasil daripada kejayaan barangan solekan keluarannya.

Ramai menyelar kenyataan itu kerana umum mengetahui Kylie kejayaannya itu bukan kerana atas usahanya tetapi bertunjangkan kepada latar belakang keluarganya yang terkenal dan kaya.

"Adakah Forbes tahu maksud sebenar 'berjaya atas usaha sendiri?' kerana nampaknya itu bukan kesnya dalam kejayaan Kylie.

"Atas usaha sendiri? Biar betul! Memang mudah untuk anda jadi seorang jutawan jika keluarga anda juga hartawan. Itu dipanggil kekayaan turun temurun dan nepotism.

"Macam Oprah Winfrey, dibesarkan di sebuah ladang di Missisippi oleh neneknya dalam keadaan miskin sehingga berjaya.

Itu baru atas usaha sendiri," antara komen pengguna Twitter. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon