PENYANYI Farah Asyikin berkongsi saat-saat cemas membantu mangsa kemalangan jalan raya ketika melewati lokasi kejadian di Seksyen 9, Shah Alam pada Isnin.
Menurut Farah yang juga merupakan bekas peserta Gema Gegar Vaganza musim kedua ini, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dan motosikal.
“Without thinking, atas izin Allah, I brought him straight to Hospital Shah Alam, Seksyen 7. Dua orang yang berhenti membantu pun escort pergi ke hospital.
“Alhamdulillah saya bawa truck Ford Ranger, kami naikkan motor mangsa accident ke belakang truck saya,” kongsinya beserta gambar mangsa di laman Insta Stories miliknya.
Dalam masa yang sama, Farah turut memuji tindakan dua orang pemuda yang turut meluangkan masa membantu mangsa di tempat kejadian sehingga ke hospital.
“Dua pemuda yang berjiwa besar ini membantu dan teman adik (mangsa) yang baru accident ni. Saya tunggu ibu bapa mangsa sampai. Lagipun motor dia atas truck saya,” kata Farah.
Selepas selesai menguruskan mangsa, Farah turut ke tempat cuci kereta kerana perlu membersihkan keretanya yang turut terkena darah mangsa yang tercedera.
Apa pun, tindakan Farah ini harus dijadikan contoh kepada semua.
Meski sibuk mengejar masa, Farah tetap masih sempat membantu mereka yang berada dalam kesusahan. -sinar online
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon