Ustazah Juga Larang Aliff Syukri Kongsi Video Isteri Bersalin

Keterujaan pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi video isterinya Datin Seri Nur Shahida sedang meneran untuk melahirkan bayi keempat mereka merupakan perbuatan yang tidak menghormati sifat seseorang wanita.

Penceramah bebas, ustazah Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh berkata, walaupun isteri usahawan itu menutup aurat sewaktu rakaman itu dibuat namun suara wanita itu juga termasuk dalam aurat yang harus diberi perhatian.

Katanya tindakan Aliff tidak wajar dan dia seharusnya tidak berkongsi detik-detik itu untuk dipertontonkan kepada umum melainkan untuk simpanan peribadi.
Video yang dimuat naik Aliff mendapat pelbagai reaksi kalangan netizen.

"Tidak sepatutnya berlaku walaupun dengan kebenaran isteri. Saya tidak setuju video itu dimuat naik untuk tontonan umum. Dari sudut kemanusiaan ia seperti tidak menghormati wanita.

"Manakala dari sudut agama pula, biarpun aurat isterinya sudah ditutup namun aurat seorang wanita bukan sahaja dari segi pemakaian. Tetapi suara juga adalah aurat.

"Walaupun dia sudah memakai tudung tetapi boleh jatuh fitnah sebab lelaki lain boleh membayangkan perkara yang tidak baik," katanya.

Nik Salida adalah pensyarah dan penceramah berkaitan hak asasi, intergriti, isu-isu agama dan undang-undang, kekeluargaan dan hak-hak wanita.

Beliau diminta mengulas langkah Aliff Syukri berkongsi rakaman video ketika isterinya sedang bertarung nyawa untuk melahrikan anak keempat mereka pada Isnin lalu di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Ustazah Nik Salida tidak bersetuju dengan tindakan Aliff memuat naik video tersebut.

Selain empat orang anak kandung, pasangan itu juga mempunyai dua orang anak angkat.

Dalam pada itu Dr Nik Salida berkata, seseorang suami boleh merakam detik-detik indah isteri sedang melahirkan anak namun video itu hanya boleh dijadikan simpanan peribadi sahaja dan bukan untuk dikongsi kepada umum.

Tambahnya lagi, dalam ajaran Islam terdapat perkara bersifat privasi dan tidak boleh dikongsi.

"Pada saya tak salah nak rakam momen-momen itu tapi hanya untuk tontonan peribadi sahaja. Ada perkara dalam hidup bersifat perivasi dan tidak boleh dikongsi.

"Itu salah satu kehidupan privasi. Ada batas dalam agama yang tidak boleh dijangkaui," ujarnya.

Nik Salida yang sibuk dengan tugasnya sebagai Pesuruhjaya Suhakam turut berkongsi peranan yang sepatutnya dilakukan suami ketika berada dalam bilik bersalin bersama isteri.

"Tujuan suami berada di samping isteri ketika hendak bersalin adalah memberi sokongan dan kekuatan. Dalam hal bersalin ini, isteri tak dapat nak kongsi kesakitan.

"Sebab itu, suami perlu memberi sokongan moral. Selain itu, suami perlu memelihara dan menjaga maruah isteri di hadapan petugas hospital. Memastikan auratnya ditutup dengan baik.

"Si suami juga kena sentiasa baca doa daripada ayat-ayat suci Al-Quran bagi memudahkan proses bersalin dan bersedia untuk apa yang perlu dilakukan selepas bayi itu lahir," katanya.

Selain orang ramai yang tidak bersetuju dengan perbuatan Aliff itu, bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail turut melahirkan rasa kesal tindakan sedemikian. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon