Ibu Cemburu Kekasih Miller Khan

PELAKON Indonesia Miller Khan yang kini bercinta dengan Nathalie Stephens, 31, mengakui hubungan tersebut dicemburui oleh ibunya.

Bagaimanapun, Miller yang berasal dari Malaysia tidak melihat cemburu yang ditunjukkan ibunya itu bersifat negatif.

“Ibu saya suka 'jelous' jika saya dengan kekasih. Tapi dia suka Nathalie sebab ada orang yang jaga saya di Indonesia.

“Jika saya beritahu saya ingin keluar dengan kekasih, dia akan rasa cemburu dan ajak saya keluar bersamanya juga,” ujarnya.

Seperti dipetik Detik.Hot , pelakon filem Rasuk itu belum mempunyai rancangan untuk berumah tangga.

Malah katanya, keluarga juga tidak pernah mendesak agar dia menamatkan zaman bujang.

“Emak saya tidak pernah bertanya tentang hal kahwin. Belum ada perancangan, masih muda dan belum mahu kahwin,” ujarnya. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon