Siapa Chin Yang Popular Gara-gara Video Raya Tular

PETALING JAYA: Selepas tiga hari iklan raya terbitan Star Media Group (SMG) dimuat naik di semua platform digital, netizen mula tercari-tercari siapakah individu yang memegang watak 'Chin' dalam Raya Chin .

Meskipun menggalas watak seorang ketua yang menjengkelkan, kelembutan dan keayuan 'Chin' lakonan Pauline Tan pada penghujung iklan hari raya itu berjaya menyentuh perasaan penonton walaupun tanpa 'drama air mata' yang agak klise.

Pauline, 24, adalah pendatang baharu dalam dunia lakonan tempatan, maka tidak hairanlah wajahnya kurang familiar dalam kalangan pasaran industri hiburan Melayu.

"Saya sangat gembira, selepas iklan ini disiarkan saya dapat banyak perhatian.

"Paling teruja apabila netizen mula 'spam' di Instagram saya dengan like dan komen memuji lakonan saya sebagai Chin.

Ramai juga yang mesej saya melalui Instagram Direct," ujarnya penuh ceria.

Ketika berita ini disiarkan Raya Chin menjadi trending di tangga ke-9 YouTube Malaysia dan mendapat lebih 125,000 tontonan.

Paling menarik apabila Raya Chin menjadi iklan hari raya tempat kedua mencapai ramai penonton dalam waktu singkat di YouTube selepas Rumah Epik Fantastik, terbitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di kedudukan kelima.

Pauline malakonkan watak 'Chin' iaitu seorang ketua yang tegas.

Perkiraan itu dibuat berdasarkan video iklan yang dimuatnaik akaun rasmi syarikat penerbit.

Bercerita lanjut tentang penglibatannya dalam Raya Chin, Pauline yang juga peserta Miss Malaysia 2015 mengakui teruja terlibat dalam produksi SMG Studio.

"Ketika pihak produksi SMG menghubungi saya dia ada maklumkan bahawa pengarah dan kru adalah kakitangan SMG yang masih amatur dalam menerbitkan produk komersial seperti ini.

"Namun selepas membaca skrip dengan jalan cerita yang tidak klise membuatkan saya yakin dengan mereka.

"Nampaknya saya buat keputusan yang betul," katanya.

Pauline pernah berlakon dalam drama Kebaya Mek Hwa arahan Sabri Yunus.

Mengulas mengenai penerimaan penonton Melayu terhadap mutu lakonannya, Pauline berkata masih banyak aspek yang perlu diperbaiki.

"Paling utama saya perlu perbaiki penguasaan Bahasa Melayu, banyak lagi yang perlu dipelajari," katanya.

Kebanyakan pelakon iklan hari raya tersebut ialah petugas SMG melainkan individu yang menggalas watak sebagai suami Chin iaitu Hafiz Bahari, seorang pelakon baharu.

Iklan berdurasi lebih empat minit ini arahan penyunting video
mStar Online, iaitu Tuan Hafis Tuan Ludin bersama tenaga produksi dalaman. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon