Ruhainies Kini Bergelar Produser, Bakal Ke Budapest

PELAKON Ruhainies meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menerbitkan telefilem yang akan menjalani penggambaran di Budapest, Hungary.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 25, berkata dia tidak menjangka impiannya itu bakal akan menjadi realiti dengan cepat.

"Insya-Allah saya akan terbang ke Budapest pada hari raya keempat untuk jalani dua penggambaran.

"Salah satunya adalah telefilem terbitan saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat diberi peluang untuk menerbitkan telefilem pertama.

"Dengan kerjasama syarikat produksi Zeel Production. Saya sudah lama impikan dan tak jangka akan menjadi realiti secepat ini," kata Ruhainies.

Telefilem berjudul Con Girl itu juga merupakan idea sepenuhnya daripada Ruhainies dan dibantu oleh team produksi Zeel Production.

Selain Ruhainies, telefilem tersebut turut dibintangi oleh Idris Khan dan Rita Rudaini.

Kata Ruhainies, kos penerbitan Con Girl itu adalah daripada hasil titik peluhnya sejak menceburi bidang lakonan.

"Idea karya itu semuanya daripada saya. Tapi skrip ditulis oleh Mar Mohammad dan Haji Zil juga banyak memberi nasihat dan idea.

"Saya sangat teruja sebab ni adalah karya pertama saya dan semuanya daripada hasil titik peluh saya sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Ruhainies teruja apabil diberi tawaran menjadi duta pertama Malaysia untuk produk keluaran dari Korea iaitu Guerisson.

Produk Guerisson memilih Ruhainies sebagai duta kerana memiliki wajah persis orang Korea.

Menurut pelakon drama Tak Cinta Sepertimu ini, dia juga diberi peluang oleh syarikat keluaran produk kecantikan tersebut untuk terbitkan sebuah telefilem.

"Sebelum ini duta produk itu adalah Lee Kwang Soo dan saya adalah duta pertama dari Malaysia.

"Sebelum terima jadi tawaran itu, saya cuba terlebih dahulu produk ni dan hasilnya sangat baik. Insya-Allah kerjasama ini akan berterusan.

"Mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk terbitkan drama berkaitan dengan produk itu pula," katanya. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon