PELAKON Aeril Zafrel membuat kejutan istimewa buat isterinya, Wawa Zainal, apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.
Hero drama Cinta Fatamorgana ini berkongsi kejutan tersebut menerusi sekeping foto Wawa bersama anak-anak di sisi kereta tersebut yang telah dimuat naik di laman Instagramnya beberapa jam lalu.
“Hadiah sebab selama ni jaga saya dan tak pernah mengeluh jaga anak-anak saya.
“Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepada dan dari seseorang.
"Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada ALLAH,” tulis Aeril sebagai kapsyen foto tersebut.
Difahamkan hadiah ini juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.
“Ini bukanlah sekadar hadiah, malah tanda penghargaan buat Wawa kerana telah menjalankan peranan sebaik mungkin sebagai isteri dalam menguruskan rumah tangga kami yang dibina sejak 2012.
“Bukan itu sahaja, Wawa juga banyak berkorban demi menunaikan tanggungjawabnya selaku ibu kepada dua orang cahaya mata kami berserta curahan kasih sayang secukupnya,” kata Aeril kepada sebuah portal.
Menurut Aeril, kereta tersebut merupakan pilihan Wawa sendiri ketika mereka mengunjungi sebuah pusata pamera kereta jenama tersebut pada awal tahun ini.
Disebabkan itu keterujaan Wawa menjadi berganda apabila mendapat kejutan berupa hadiah kereta idamannya.
Rata-rata pengikut Aeril di Instagram turut meluahkan kegembiraan mereka melihat kebahagian pasangan ini.
Malah mereka turut mendoakan agar rumah tangga Aeril dan Wawa berkekalan selamanya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5 serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3. -mstar
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon