Adibah Noor Tak Faham Sebutan Bahasa Inggeris Haqiem Rusli

SELEPAS dua singlenya sebelum ini, Segalanya dan Tergantung Sepi mendapat sambutan hebat daripada penonton, penyanyi sedang meningkat naik, Haqiem Rusli kini tampil dengan buah tangan terbaharunya, Jatuh Bangun.

Lagu berentak rancak ini mendapat respons yang pelbagai daripada peminat Haqiem, apatah lagi ia turut menampilkan lirik bahasa Inggeris di mana ia dilihat sebagai percubaan berani Haqiem untuk mencari kelainan.

Namun apa yang menarik perhatian, penyanyi Adibah Noor turut memberikan responsnya berkenaan lagu ini di laman Twitter miliknya.

“Dear adik Haqiem Rusli, Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu.

"Beat catchy, suara pun sedap. Sesuai dengan cita rasamuzik terkini.

“Cuma part English tu, apa kemendanyelaaa yang adik sebut tu? Thanks. Love, Aunty Diba,” tulisnya.

Tweet Adibah telah mendapat perhatian daripada ramai netizen yang turut bersetuju dengan teguran tersebut.

Ada yang mencadangkan agar Haqiem agar memperbaiki sebutan bahasa Inggerisnya dengan Adibah yang sebelum ini merupakan guru bahasa Inggeris.

“Ya. Aunty boleh ajar sikit-sikit supaya boleh up lagi dalam sebutan,” balas Adibah.

Bagaimanapun ada juga segelintir di antara mereka yang cuba mempertahankan Haqiem dengan memberikan pelbagai alasan.

Apa pun semoga Haqiem melihat teguran ini dengan hati yang terbuka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi penyanyi yang lebih baik pada masa akan datang. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon