SELAIN Amy Search, seorang lagi selebriti tanah air mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Pelakon Lana Nodin dan suaminya, Mohd Daud McKienzie, mendedahkan mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua Disember depan.
Lana yang mula dikenali menerusi drama Gol & Gincu kini sedang hamil tiga bulan dan mengharapkan agar dikurniakan bayi lelaki pada kali ini.
"Saya dapat tahu tentang kehamilan ini sejak bulan pertama lagi. Cuma saya belum bersedia hendak mengumumkannya lagi.
"Saya masih dalam fasa awal trimester, bimbang kalau jadi apa-apa," katanya kepada sebuah portal hiburan.
Dalam pada itu, Lana turut memberitahu, kehamilan kali ini begitu mencabar buat dirinya apabila mengalami alahan yang teruk pada waktu pagi.
Bukan sahaja dirinya, tetapi suaminya juga turut mengalami hal yang sama apabila mengidam mangga masam setiap hari.
"Ketika mengandungkan Gia, alahan waktu pagi tidak ketara. Kali ini, lain macam teruknya. Suami saya juga terpalit sama, mengidam mangga masam setiap hari.
"Lagak suami kali ini seolah dia yang hendak melahirkan anak kami.
"Dia yang muntah-muntah dan loya teruk," kongsi Lana lagi.
Lana dan Mohd Daud McKienzie yang berasal dari Amerika Syarikat ini berkahwin pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Gia Quinn Mckienzie, 2. -sh
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon