'Berat Badan Turun Banyak Sebab Sibuk Kerja' – Izreen

Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia kehilangan lima kilogram berat badan dalam tempoh singkat bukan kerana berdiet atau bersenam tetapi kerana kehidupannya yang terlalu sibuk.

Izreen

Menurut Izreen, dia terlalu sibuk dengan komitmen sejak kebelakangan ini dan ia merupakan penyebab berat badannya turun secara mendadak.

“Memang berat badan saya turun banyak disebabkan terlalu sibuk bekerja dan faktor tekanan kerana tidak dapat berehat dengan cukup juga menyumbang kepada perkara tersebut.

“Sebelum ini berat saya 55 kilogram dah apabila susut lagi, memang menampakkan saya terlalu kurus.

“Alhamdulillah selepas Aidilfitri barulah saya dapat berehat, tetapi akan kembali sibuk dengan penggambaran pula selepas ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia tidak mempunyai pilihan selain bekerja keras walaupun memudaratkan kesihatannya kerana mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga dan anak lelaki tunggalnya, Adrian Umar, 4.

“Saya tidak boleh bersenang-lenang kerana komitmen sangat tinggi. Saya seorang sahaja yang bekerja untuk menanggung anak dan keluarga.

“Saya perlu bayar rumah, kereta, keperluan anak dan tanggungjawab kepada ibu bapa. Jika saya tidak rajin bekerja, siapa akan bayar semua itu,” katanya lagi.

Jelasnya, jika dia ingin berkahwin pada masa akan datang, dia berharap suaminya itu dapat meringankan beban serta dapat menerima dia dan anaknya dengan sikap terbuka. -m

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon