Tuah buat pelakon dan pengacara jelita, Fouziah Gous yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila ada pihak bermurah hati mahu menaja majlis baby shower (majlis menyambut bayi) khas buat dirinya.
Bagaimananapun, isteri kepada Zafran Yusof ini berkata, hal itu masih lagi dalam perbincangan dan pada masa sama dia merancang mahu mengadakan majlis doa selamat dalam masa terdekat.
“Saya dan suami memang merancang untuk membuat doa selamat sahaja. Tetapi rezeki datang saat akhir apabila ada pihak yang menghubungi saya untuk menaja majlis ‘baby shower’ dan kita masih lagi dalam perbincangan mengenai perkara itu.
“Kalau saya bersetuju pun tidaklah terlalu ikut dengan cara sana dan ia mungkin majlis ringkas selepas majlis doa selamat nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Bercerita mengenai kandungannya, pengacara Nona ini memberitahu usia kandungannya sudah hampir mencecah sembilan bulan dan memilih untuk merahsiakan jantina anak yang dikandungnya sehinggalah dia selamat bersalin kelak.

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon