Nora Danish Tak Mahu Berkahwin Hanya Untuk Tutup Mulut Orang

Siapa yang dalam dunia tak mahu berkahwin kan? Itulah juga yang dirasai oleh pelakon Nora Danish tiap kali dirinya diajukan pertanyaan bila mahu kembali bergelar seorang isteri.


Seperti yang kita semua tahu Nora kini sedang hangat bercinta dengan Nedim Nazri Aziz yang merupakan pegawai khas di Kementerian Pelancongan.

Mereka pun tidak segan silu mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan di laman sosial masing-masing selain kedua-duanya pun rapat dengan anak pasangan masing-masing.

Walaupun acap kali diasak peminat agar segera mendirikan rumah tangga dengan Nedim, namun Nora ada alasannya yang tersendiri kenapa dia enggan berbuat demikian.

Menurutnya, dia tidak mahu berkahwin atas alasan mahu menutup mulut orang yang tak senang melihatnya bersama dengan Nedim.

“Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga? Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin menoktahkan hubungan itu dengan lafaz ijab dan kabul. Begitu juga dengan Nora. Cuma tak mahulah berkahwin hanya kerana mahu menutup mulut orang yang tak senang melihat kami bersama.

“Sejujurnya memang ada kami berbincang soal perkahwinan tapi tidaklah terlalu fokus. Lagipun kami masing-masing pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga terdahulu. Bukanlah nak kata kami serik tetapi kami tak mahu terburu-buru. Tunggulah bila kami sudah betul-betul bersedia, pasti perkahwinan akan berlaku juga,” ujarnya memetik Bipop.

Tak mengapalah, kita doakan sahaja agar Nora dan Nedim bahagia sentiasa, kalau ada jodoh, tak ke mana. Kita tunggu je bila Nora nak khabarkan kepada kita bila dia nak tamatkan zaman bujangnya nanti. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon