Colin Farrel 'Dihidu' Peminat Lelaki Ketika Bersiaran Langsung

Pelakon kacak dari Ireland, Colin Farrel menghadapi saat ‘mengerikan’ ketika tampil dalam rancangan temubual popular Jimmy Kimmel Live pada khamis lalu.


Aktor popular yang berusia 39 tahun itu kelihatan terkejut selepas seorang ‘peminat’ lelaki lari ke atas pentas dan menghidunya di bahagian leher sebelum ditarik oleh pengawal keselamatan.

Walaupun situasi terbabit kelihatan seperti dirancang namun pelakon filem Total Recall itu nampak seperti sangat terganggu dengan insiden itu.

Colin kemudiannya mempersoalkan apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh lelaki terbabit, adakah dia mahu menciumnya atau hanya menghidu lehernya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon