Isteri Keempat Salih Yaacob Selamat Bersalin

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54 yang telah selamat menimang cahaya mata ke-13 hasil perkongsian hidup bersama isteri keempat, Samihah Syeikh Ali atau mesra disapa Emi.


Perkhabaran gembira ini disampaikan oleh Salih Yaacob menerusi radio Sinar Fm.

Difahamkan, bayi perempuan yang merupakan anak pertama buat Emi ini dilahirkan menggunakan kaedah Caesarean Section di sebuah hospital di ibu kota.

Dalam pada itu, Salih turut meluahkan rasa syukur dengan kedatangan orang baru dalam keluarga besarnya.

Menurut Salih, dia dan isteri masih belum memutuskan nama yang ingin diberikan kepada cahaya mata mereka namun berkira-kira ingin memberi nama Ellis Daina binti Mohd Salih.

Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi pada tahun 2011.

Tiga isterinya sebelum itu ialah Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, dan Norfara Wahida Sulaiman, 36.

Bagi yang tidak tahu, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang baru dilahirkan tiga minggu lalu. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon