Aliff Aziz Bukan Kena Sampuk Tapi Mabuk!

Tak sudah-sudah mencipta kontroversi, penyanyi sensasi dari negara Singapura, Aliff Aziz kini terjebak pula dalam kes terbaharu iaitu mencederakan seorang individu.

Aliff Aziz Mabuk

Sebelum ini, penyanyi lagu Sayang-Sayang itu telah memberikan kenyataan bahawa ketika kejadian, dia tak menyedari perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa kerana disampuk!

Namun, lain pula kisahnya apabila mangsa, Ismail Mahtar, 53, menceritakan, ketika detik-detik dia diserang abang kepada penyanyi Aishah Aziz itu, dia tercium bau arak yang sangat kuat! Haa…sudah.

Bercerita lanjut mengenai kes berkenaan, Ismail berkata, dia masih buntu atas sebab apa dia diserang oleh Aliff. Selain itu, kecederaan yang dialami mangsa juga bukan calang-calang kerana perlu melakukan pembedahan dengan kadar segera pada kos RM10,000.

Memetik cerita mangsa yang disiarkan portal BeautifulNara,

“Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.

Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.

Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.

Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.

Aliff Aziz Mabuk [2]

Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat. Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000.

Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak.

Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini.”

Kesian sungguh mendengar luahan hati si mangsa yang ralat dengan kejadian tersebut. Mana taknya, dia langsung tak tahu hujung pangkal kenapa dia dicederakan. Lagi pula, dia telah berusia 53 tahun, maka faham-fahamlah kudrat yang dia ada, dah tentu tak mampu melawan kembali kudrat lelaki lebih muda daripadanya.

Buat Aliff Aziz, sudah-sudahlah dengan cerita negatif. Lama-lama, peminat boleh naik muak dengan tindakan anda yang lebih dikenali dengan kisah peribadi berbanding pencapaian dalam bidang nyanyian.-Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon