Benarkah Fazura Terlibat Dalam Video Lucah?

Belum pun reda isu perbalahan antara pelakon jelita, Nur Fazura dan Sara Ali, timbul pula cerita lain yang lebih panas.

video seks fazura
Video yang didakwa mirip Fazura.

Khabarnya, sebuah video lucah berdurasi seminit yang membabitkan dirinya mula tersebar di internet dan ia turut dihantar kepada wartawan Harian Metro menerusi email pada 23 Disember lalu.

Bagaimanapun, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam video tersebut dan sudahpun membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM).

“Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah.

“Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” katanya, memetik Harian Metro.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama nama Fazura dikaitkan dengan penyebaran video lucah.

Beberapa tahun lalu, kecoh seantero Malaysia apabila rakaman seorang gadis yang dikatakan mirip wajahnya sedang melakukan aksi seks bersama seorang lelaki.

Bagaimanapun, kes tersebut lenyap begitu sahaja selepas Fazura menafikan gadis itu adalah dirinya.

Sabarlah Fazura. Lagipun, bukan sekali dua isu ‘pelanduk dua serupa’ yang melibatkan artis kita.

Sebelum ini, pelakon Ida Nerina juga pernah dikaitkan dengan video lucah hanya kerana si pelaku mempunyai wajah miripnya.

Anggap saja ini antara dugaan besar yang perlu dihadapi apabila bergelar public figure…

Sumber: Mynewshub.cc

Black Tidak Gentar Ugutan Saman RM500,000!

Penyanyi Black Hanafiah tidak gentar dengan ugutan pengurus acara yang berniat untuk menyamannya atas tuduhan memalukan mereka menerusi laman sosial.

Black Hanafiah

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, dia mempunyai bukti kukuh untuk berhadapan dengan individu tersebut jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

“Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

“Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini,” katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Black berkata demikian ketika diminta mengulas tentang seorang pengurus acara yang kesal dengan tindakannya meminta memulangkan bayaran untuk majlis perkahwinannya yang sudah hampir dua tahun berlalu.

Pengurus acara tersebut dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman penyanyi lagu Si Putih Si Merah itu sebanyak RM500,000 kerana menganggu perjalanan perniagaannya dengan tuduhan buruk di laman sosial.

Sebelum ini, pada Jun 2013, Black mendakwa ditipu oleh pengurus acara yang dilantik sebagai perancang perkahwinannya kerana gagal menguruskan majlis kahwinnya dengan walaupun sudah membayar RM30,000 bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, Black berkata, dia membangkitkan semula hal itu bukan hanya kerana duit baki belum dipulangkan, malah menerima banyak aduan daripada orang luar yang meminta untuk mencari individu berkenaan.

Black yang memuat naik sekeping gambar di Instagram bagi memberi peringatan agar orang ramai tidak lagi tertipu dengan individu tersebut yang masih aktif mencari mangsa-mangsanya.

“Saya memang dah lupakan hal hutang tersebut, tetapi ramai pula orang yang menjadi mangsa mereka cari saya untuk minta bantuan. Mereka mahu menghubungi individu tersebut tetapi gagal, namun saya pun tidak dapat membantu kerana individu itu tidak akan mengangkat panggilan daripada saya.

“Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi,” katanya.

Dalam pada itu, Black berkata, dia pernah menyamar dan menghubungi individu tersebut bagi melihat bagaimana mereka beroperasi dengan menipu orang ramai.

Katanya, individu yang sering berurusan secara dalam talian itu hanya meminta mangsa memasukan duit ke akaun mereka tanpa sebarang ‘hitam putih’ dikeluarkan sebagai tanda bayaran.

“Saya dimaklumkan mereka kini aktif menipu secara online, apabila orang ramai terpedaya dengan memasukkan ke akaun mereka. Mereka akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak untuk bercakap dengan mangsa,” katanya.

Black bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 29, pada 13 September 2013 di Zebra Square, Kampung Pandan. –mStar Online

Selebriti Malaysia Bersatu Sokong Kempen Derma Organ

Pendermaan organ merupakan satu perkara mulia yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu tanpa mengira agama dan bangsa.

Selebriti-Kempen Derma Organ

Namun, kesedaran mengenai perkara ini kurang mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutama sekali di kalangan bangsa Melayu.

Kekangan dari sudut mentaliti dan budaya yang menganggap derma organ sebagai suatu yang taboo dan bercanggah dengan agama menyebabkan kurangnya jumlah bangsa Melayu yang mendaftarkan diri sebagai penderma.

Menurut Duta Personaliti Pendermaan Organ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sutradara terkenal Erma Fatima, pendermaan organ merupakan suatu yang mulia dan perlu diterangkan kepada rakyat Malaysia secara lebih meluas dan menyeluruh bagi meningkatkan tahap kefahaman mereka.

“Pada awalnya, saya pun kurang memahami mengenai pendermaan organ ini tetapi selepas didedahkan dengan sebuah hadis yang menggalakkan kita untuk membantu orang apatah lagi menyelamatkan nyawa seseorang, saya berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ.

“Indahnya mengenai pendermaan organ ini adalah kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain yang sangat memerlukan demi kelangsungan hidup mereka,” katanya ketika dihubungi Mynewshub, sebentar tadi.

Erma turut mengatakan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ perlu diperluaskan agar masyarakat mengerti betapa pentingnya pengorbanan untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan cuba meletakkan situasi kita seperti mana orang yang memerlukan pendermaan organ dan transplan.

Selain daripada Erma,Hafiz Hamidun dan juga Kieran, beberapa selebriti tanah air turut menyuarakan sokongan mereka terhadap kempen ini.

Pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Inggeris, Yasmin Hani Richardson merupakan salah seorang selebriti yang peka terhadap isu pendermaan organ ini.


Begitu juga dengan pelakon dan pengarah popular, Dira Abu Zahar, yang menyifatkan pendermaan organ sebagai suatu yang terpuji:


Aktor yang bakal muncul dengam dua filem aksi Balun dan Bravo 5, Beto Kushairy juga menyokong penuh kempen kesedaran ini:


Sementara itu, pelakon genit, Sazzy Falak pula berkongsi cerita seorang rakannya yang sanggup berkorban mendermakan buah pinggang demi menyelamatkan nyawa salah seorang ahli keluarganya.


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Nakal, Alif Satar pula menyifatkan pendermaan organ perkara murni yang boleh dilakukan seseorang individu untuk membantu orang lain.


Sekadar memetik kenyataan tokoh agama Islam, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyokong penuh pendermaan organ sebagai satu inisiatif untuk menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

“Tidak ada nas atau hadis yang menghalang umat Islam untuk menderma organ mereka. Malah, ianya satu perkara yang baik dan boleh dianggap satu sedekah.”

Apabila ditanya bagaimana pula jika seseorang Muslim menderma organnya kepada pesakit bukan Islam, Dr. MAZA hanya tersenyum penuh makna.

“Bagi saya, tiada masalah untuk menderma. Sedekah itu kan suatu yang dituntut. Lainlah kalau awak dermakan kepada Perdana Menteri Israel, yang terang-terangan melakukan genosid dan penindasan terhadap penduduk Palestin. Itu memang dilarang sama sekali,” ujar bekas Mufti negeri Perlis itu.

Untuk mendapat sebarang maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web http://www.dermaorgan.gov.my atau hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) di talian 03-26810681/26810682 atau talian bebas tol 1800-08-9080.

Sumber: Mynewshub.cc

Selebriti Malaysia Mohon Bantuan Banjir Menerusi Instagram

Tiada siapa yang boleh menafikan ‘kuasa’ selebriti dalam mempengaruhi peminatnya.

#PrayForPantaiTimur

Promosilah apa saja produk (bukan iklan spam ye..) di ruangan sosial mereka, pasti berduyun-duyun peminat yang membuat tempahan.

Ternyata kelebihan itu cukup berguna di saat-saat negara sedang menghadapi bencana banjir khususnya di beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur.

Ramai selebriti menggunakan laman sosial mereka untuk memohon bantuan daripada orang ramai bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Bukan sekadar melahirkan simpati, tetapi mereka turut menyertakan maklumat penting terutamanya talian yang boleh dihubungi untuk menghantar bantuan.

Antaranya termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Nora Danish, Aznil Haji Nawawi, Heliza Helmi, Neelofa, Fazura, dan ramai lagi.

Mungkin masih ada di kalangan peminat yang tidak memahami betapa deritanya keadaan mangsa di sana.

Justeru, diharap usaha para selebriti ini dapat memberi pemahaman selain menambahkan lagi sumbangan yang sedia ada kepada para mangsa.


Sumber: Mynewshub.cc

10 Lagu Baharu Madonna Bocor Komputer Digodam

LOS ANGELES – Selepas dunia Hollywood digemparkan dengan serangan penggodam ke atas pengeluar filem terbesar dunia, Sony Pictures ekoran filem kontroversi satira politik Korea Utara, The Interviews, kali ini giliran Madonna menjadi mangsa terbaharu.

Madonna

Majalah hiburan tempatan, Billboard semalam melaporkan penyanyi sensasi Amerika Syarikat (AS) berusia 56 tahun itu melahirkan rasa hairan bagaimana kawalan ketat sistem komputer pada studio rakaman muzik canggih di dunia Warner Bros. pun digodam.

“Ini ialah zaman yang kita terpaksa hidup di dalamnya dan kes ini memang gila,” kata penyanyi yang nama asalnya Madonna Louise Veronica Ciccone itu apabila ditanya reaksinya mengenai insiden hampir sedozen lagu terbaharu beliau boleh bocor.

Artis pernah dinobatkan Guinness World Record sebagai penyanyi wanita paling laris di dunia dengan lebih 300 juta album dijual itu kesal ekoran 10 lagu yang belum melalui proses suntingan tiba-tiba boleh dapat disiarkan secara meluas menerusi laman Internet.

“Ini tidak mustahil, lihat sahajalah apa berlaku ke atas Sony Pictures sendiri pun apabila Internet yang sepatutnya dapat bantu pengguna juga mampu berubah jadi berbahaya dan merosakkan manusia… ia ibarat pisau dengan dua bilah mata,” kata Madonna.

Ditanya mengenai tahap keselamatan semasa proses rakaman, beliau menjelaskan pihak studio profesional mengenakan kawalan paling ketat dan semua lagu tidak disimpan menerusi pelayan komputer malah studio terbabit kalis segala akses liputan WiFi tempatan.

“Lagu yang melalui proses rakaman awal disimpan dalam pemacu keras rahsia dan dibawa petugas dengan tangan terus kepada bahagian suntingan berikut sehingga selesai… kami bertugas dalam suasana langsung tiada akses kepada pihak luar,” jelas Madonna. –Agensi

Sara Ali Kata Fazura Bukan Tuhan!

Nampaknya pelakon Sara Ali tidak mahu berdiam diri apabila peminat mula mempersoalkan mengenai hubungan persahabatannya yang semakin renggang dengan Fazura.

Sara Ali

Sebelum ini, Fazura telah membuat pendedahan itu menerusi program realitinya, Facing Up To Fazura.

Menurutnya, mereka pernah berjanji untuk bertemu selepas Sara pulang dari menjalani penggambaran di Bosnia Herzegovena.

“Dalam perbualan itu, kami baik-baik saja. Kami juga mengakui merindui antara satu sama lain.

“Namun, tiba tarikh 17 November itu, tiada khabar berita daripada Sara hinggalah sekarang. Bahkan terdengar pula cerita baru kononnya saya banyak buat salah dengan dia walhal sebelum ini dia mengaku buat salah dengan saya,” katanya menerusi Harian Metro.

Justeru, menerusi akaun Instagram, Sara Ali telah menjawab salah satu komen pengikutnya yang menyatakan program tersebut boleh menyebabkan orang luar percaya akan perkara yang tidak benar.

Katanya, “Lantak dia. Dia bukan Tuhan. Apa yang kita nak takut.”

Hubungan Dingin, Sara Ali Kata Fazura Bukan Tuhan!

Sara Ali [2]

Apa sudah jadi sebenarnya ni?

Jika benar hubungan mereka bermasalah, harapnya kedua-dua mereka mengambil inisiatif untuk bersemuka dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing.

Sayang sekali jika persahabatan yang pernah terbina baik putus begitu sahaja...

Sumber: Mynewshub.cc

Ustaz Kazim Elias Kesal Dituduh ‘Gila Glamer’

Kalau sebut nama Ustaz Kazim Elias, pasti ramai terbayang akan ceramahnya yang berbentuk santai dan kerap diselitkan dengan lawak jenaka.

Ustaz Kazim Elias ‘Gila Glamer’

Namun, ia bukanlah sekadar lawak kosong tak bertempat, sebaliknya bertujuan untuk menarik minat pendengar dan memudahkan pemahaman mereka.

Baru-baru ini, penceramah kelahiran Perak itu telah dijemput untuk membuat persembahan nyanyian pada program Pencetus Ummah 2 menerusi lagu ‘Di Pondok Kecil’.

Beliau turut diiringi oleh kumpulan nasyid Fauzan.

Malangnya, kemunculan Ustaz Kazim pada malam itu kurang disenangi segelintir pihak yang mendakwa penceramah itu ‘gila glamer’.

Perkara itu diluahkan sendiri oleh beliau menerusi akaun Facebook dengan status berbunyi:

Ustaz Kazim Elias ‘Gila Glamer’ [2]

Bagaimanapun, ramai yang memberi sokongan kepada Ustaz Kazim menerusi ruangan komen.

Ustaz Kazim Elias ‘Gila Glamer’ [3]

Tak mengapalah Ustaz. Bagi kami, kalau tak muncul di TV pun, Ustaz memang sudah cukup dikenali di seantero Malaysia.

Anggap saja kata-kata negatif yang dilemparkan itu sebagai cabaran dalam usaha mengajak umat manusia melakukan kebaikan..

Sumber: Mynewshub.cc

Zizan, Emma Maembong Putus Cinta?

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Emma Maembong sudah berakhir seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Zizan, Emma Maembong Putus Cinta

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, menerusi laman Instagramnya menjelaskan percintaan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti dilaporkan akhbar itu.

“Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua,” tulisnya.

Laporan itu menyebut pasangan itu dikatakan sudah tidak bersama sejak sebulan lalu malah malah Emma dilaporkan sudah mempunyai pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri Syurga Tanpa Cinta.

Zizan, Emma Maembong Putus Cinta [2]

Penjelasan Zizan menerusi akaun Instagramnya pada Ahad.

Dalam pada itu, dalam status sama, Zizan turut menulis dia mencintai Emma dan memberitahu wanita itu sentiasa berada di dalam hatinya.

“Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart,” ujarnya.

Malah Emma menerusi laman Instagram miliknya meminta peminat tidak mempercayai gosip berkenaan selain turut memuat naik gambar mereka berjalan berdua.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zizan dan Kamal berhubung gosip berkenaan gagal apabila mereka masing-masing tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar. –mStar Online

Vanida Imran Larikan Buku Cek Persatuan Seniman!

Rasanya antara artis popular yang jarang kita dengar dilanda kontroversi, salah seorangnya adalah Vanidah Imran.

Vanidah Imran

Namun secara tiba-tiba, namanya ‘naik’ apabila pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendakwa, pelakon jelita itu melarikan buku cek yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Untuk makluman anda, Vanidah Imran merupakan bendahari persatuan berkenaan.

Lebih mengejutkan, konflik ini telah sampai ke peringkat laporan polis dibuat, Jumaat lalu.
Zed Zaidi (tengah) bersama anggota Seniman lain menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap tindakan Vanidah yang didakwa menyimpan buku cek persatuan.

Zed Zaidi (tengah) bersama anggota Seniman lain menunjukkan laporan polis yang dibuat berkaitan kehilangan buku cek persatuan yang didakwa berada di tangan Vanidah Imran.

Presiden Seniman, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, mengesahkan kehilangan buku cek yang dipegang Vanidah hingga menyebabkan persatuan itu sukar untuk menjalankan aktiviti dan sumbangan kebajikan.

Vanidah Imran [2]

“Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar dari pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

“Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja,” ujarnya.

Zed Zaidi menambah, dia terpaksa membuat laporan polis untuk diserahkan kepada pihak bank bagi menggugurkan nama pelakon tersebut dan buku cek baharu dapat dikeluarkan.

Vanidah dikatakan bukan sahaja tidak beri kerjasama malah tidak mahu menandatangani cek tersebut dengan alasan, persatuan perlu mengeluarkan surat kepadanya dahulu.

Gara-gara perbuatannya, persatuan berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja.

Malah, wang sumbangan kepada bekas presiden iaitu Allahyarham Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu, masih tidak dapat disumbangkan.

Vanidah Imran [3]

Menurut laporan Mstar Online, Vanidah, 41, memberitahu dia mempunyai sebab mengapa melarikan buku cek tersebut namun enggan menjelaskan puncanya.

Vanidah turut mendakwa, dia tidak mungkin ingin melarikan wang persatuan dengan memegang buku cek berkenaan kerana bukan namanya yang didaftarkan sebagai penama untuk akaun persatuan berkenaan.

Kalau dah macam itu katanya, sama-samalah kita nantikan penjelasan Vanidah kenapa dia bertindak sedemikian lepas ini.

Beyonce Artis Paling Tinggi Carian Di Google

Ekoran beberapa kontroversi melibatkan Beyonce sepanjang 2014 nama penyanyi itu tersenarai sebagai artis paling banyak menerima carian di Google pada tahun 2014 di Britian.

Beyonce-2014

Daily Mail melaporkan carian paling popular untuk Beyonce berhubung gosip perceraiannya dengan dengan Jay-Z yang hebat diperkatakan sebelum ini.

Beyonce turut menjadi perhatian apabila video adiknya, Solange memukul Jay-Z tersebar dan peminat membuat cari untuk mengetahui kisah tersebut lebih lanjut.

Selain Beyonce, artis wanita lain yang turut menjadi perhatian di Google adalah Katy Perry, Ariana Grande dan Taylor Swift.

Dalam pada itu, pasangan David dan Victoria Beckham pula tersenarai sebagai pasangan selebriti paling banyak carian di Google manakala penyanyi Ed Shareen, Harry Styles dan One Direction turut tersenarai dalam lima teratas.-mStar

Robert Pattinson Tinggal Serumah Dengan Kekasih Baharu

Bintang Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan kini tinggal sebumbung dengan teman wanita baharunya iaitu penyanyi dan komposer FKA Twigs.

Robert Pattinson - FKA Twigs

Seperti dilapor Contact Music, Twigs telah berpindah ke rumah baharu milik Robert di Los Angeles.

Pasangan ini dilihat ke pusat perabut bagi membeli beberapa keperluan untuk rumah baharu mereka.

Sumber memberitahu bahawa Twigs akan tinggal di rumah Pattinson sehingga 22 Januari depan sebelum meneruskan jelajah konsertnya di Tokyo, Jepun.

Hingga kini belum ada kenyataan tentang perkara tersebut daripada kedua-dua belah pihak.-mStar

Hetty Sarlene Bercinta Dengan Jejaka Mat Saleh

Lama dah tak dengar khabar pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Sembilu, Hetty Sarlene.

Hetty Sarlene Bercinta

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia pun semakin kurang aktif dalam bidang seni malah terakhir kali namanya jadi sebutan pun gara-gara tersebar foto-foto mesranya bercuti bersama bekas kekasih.

Tup-tup muncul pula gambar terbaharu Hetty dengan seorang jejaka Mat Saleh, dipercayai teman lelaki barunya selepas putus dengan bekas kekasih dulu.

Daripada gaya dalam gambar, memang nampak jejaka kacak tu lelaki yang istimewa dalam hidup Hetty kini.

Semoga hubungannya kali ini berkesudahan di jinjang pelamin dan bertemu bahagia yang tidak berhujung.-Mynewshub.cc


Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki

Menyepi dari industri hiburan setelah berkahwin dengan pengurusnya pada 12 Disember 2012, Suki Low kini dilaporkan telah selamat melahirkan anak pertamanya.

Suki Low

Diberi nama Chong Ethan, bayi lelaki tersebut dilahirkan Suki pada tanggal 1 Disember lalu.

Memetik kenyataan Suki kepada Berita Harian, “Hari ini anak saya berusia 18 hari. Ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan dan pada masa sama amat memenatkan kerana waktu tidur saya tak menentu. Tapi saya sedar ia dilalui semua ibu yang melahirkan anak.

Tiga hari pertama melahirkannya, perasaan saya begitu teruja. Ia pengalaman berharga dan baru buat saya. Dulu hidup berdua kini sudah bertiga.”

Chong Ethan

Ujar Suki lagi, dia kini berada dalam tempoh berpantang selama sebulan dan akan menyambung karier nyanyiannya selepas tamat tempoh tersebut.

“Saya sepatutnya dijangka melahirkan anak pada 7 Disember tapi anak keluar tepat pada 1 Disember.

“Jadi saya dapat membuat persembahan sulung selepas bersalin untuk konsert ambang tahun baru di Putrajaya nanti.”

Suki bakal muncul dengan single dalam bahasa Melayu tidak lama lagi. Sebelum ini, pemenang program nyanyian One In A Million musim pertama itu popular menerusi lagu Berdiri dan Terlalu Mencintaimu.

Sumber: Mynewshub.cc

Tunku Hanis Perjelas Foto ‘Gaduh’ Dengan Liza Abdullah

Kelmarin, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di satu lokasi yang tidak diketahui.

Tunku Hanis vs Liza Abdullah

Kononnya, kedua-dua pelakon ini berperang besar hingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.

Foto tersebut secara tak langsung mengundang pelbagai komen daripada netizen termasuk kritikan negatif yang mengaitkan para artis dengan perangai buruk.

Namun hakikatnya, ia hanyalah babak lakonan dalam sebuah drama melibatkan kedua-dua pelakon itu!

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Tunku Hanis menerusi Murai.com yang memberitahu, dia agak terkejut dengan penyebaran foto itu.

“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” katanya.

Hai, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah pula..

Tak mengapalah kerana mungkin Tunku Hanis dan Liza boleh berbangga kerana lakonan mereka benar-benar menjadi!

Sumber: Mynewshub.cc

Syoknya Siti Nurhaliza Dan Suami Berlibur Di Maldives

Ibarat syurga dunia, itu luahan para pelancong yang pernah ke pulau impian, Maldives yang dikhabarkan mempunyai pemandangan yang cukup memukau dan mempersonakan.

Siti Nurhaliza Berlibur Di Maldives

Tidak hairanlah kan mengapa diva paling popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Jiwa memilih pulau antara tercantik di dunia ini sebagai destinasi pelancongan mereka.

Iyelah..sudah berpenat-penat kerja, apa salahnya meluangkan masa dan berehat-rehat bersama suami tercinta.

Masa sebeginilah yang digunakan untuk menambah keintiman cinta suami isteri. Tak gitew?

Ini kami kongsikan gambar-gambar penyanyi kesayangan kita ke pulau Maldives yang super cun dan cantik itu!

Wah, beruntungnya badan! Baguslah, bak kata pepatah “Jauh perjalanan, luas pemandangan”.

Siti Nurhaliza dan suami pun nampak seronok berlibur bersama-sama di Maldives.

Menerusi foto yang dikongsi penyanyi cantik ini nampaknya hotel mereka bukan calang-calang hotel. Seolah-olah bilik hotel mereka berada di atas lautan uols.


Wah, syok betul! agak-agaknya pagi-pagi bangun tidur terbentang keindahan Maldives yang memukau itu.

Penyanyi No. 1 Malaysia ini turut meluahkan rasa kesyukuran dapat melihat keindahan ciptaan tuhan ini di laman sosial, Instagramnya.

Apapun, semoga Siti Nurhaliza dan Datuk K bergembira dan berseronok di sana sepuas-puasnya.-Mynewshub.cc

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM CTDK

Gambar Anzalna Mandi Buih Di Singapura

Masuk penghujung tahun, ramai juga yang mengambil cuti untuk merehatkan sebentar minda mereka daripada kesibukan kerja.

Anzalna Mandi Buih

Antaranya aktres cantik, Anzalna Nasir yang turut berkesempatan bercuti di negara jiran, Singapura, baru-baru ini.

Bila diintai di laman Instagram banyak foto-foto menarik sepanjang percutiannya di sana dikongsikan Anzalna khas buat pengikut laman sosialnya itu termasuk dirinya sedang bersantai bermandi buih dalam ‘infinity pool’ di Marina Bay Sands.

Jom tengok gambar-gambar fotogenik Anzalna yang memang sentiasa kelihatan cantik dan tak jemu mata memandang!-Mynewshub.cc

Anzalna Mandi Buih [2]
Anzalna Mandi Buih [3]

Emma Maembong Taja Kakak Berbulan Madu Di London

Pemurah sungguh hati pelakon jelita merangkap teman wanita pelawak terkenal, Zizan Razak ini.

Emma Maembong

Seperti umum ketahui, kakak Emma Maembong, Yaya Maembong telah selamat diijabkabulkan bersama pelakon Wan Raja kelmarin.

Dengar-dengarnya Emma menghadiahkan pakej berbulan madu ke London kepada Yaya dan Wan Raja sebagai hadiah perkahwinan.

Wah, beruntung sungguh Yaya memiliki adik yang sanggup menaja bulan madu ke kota terkenal itu.

Iyelah, adik-beradik manalah yang tidak tumpang gembira bila melihat darah daging sendiri kecapi kebahagiaankan..

Emma Maembong [2]

Menurut laporan mStar Online, Yaya atau nama sebenarnya, Rabbiati Adawiyyah, 38, berkata, hadiah itu merupakan satu kejutan yang dilakukan adik kesayangannya selepas dia dan suami selamat diijabkabulkan.

“Insya-Allah kami akan pergi awal tahun depan iaitu selepas Wan Raja selesai penggambaran drama,” ujarnya yang turut memberitahu dalam waktu terdekat ini dia dan suami merancang untuk ke sebuah pulau dahulu.

Yaya dan Wan Raja selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang.

Yaya menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40 daripada pelakon Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar.

Emma Maembong [3]
Emma Maembong [4]

Aliff Aziz Bukan Kena Sampuk Tapi Mabuk!

Tak sudah-sudah mencipta kontroversi, penyanyi sensasi dari negara Singapura, Aliff Aziz kini terjebak pula dalam kes terbaharu iaitu mencederakan seorang individu.

Aliff Aziz Mabuk

Sebelum ini, penyanyi lagu Sayang-Sayang itu telah memberikan kenyataan bahawa ketika kejadian, dia tak menyedari perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa kerana disampuk!

Namun, lain pula kisahnya apabila mangsa, Ismail Mahtar, 53, menceritakan, ketika detik-detik dia diserang abang kepada penyanyi Aishah Aziz itu, dia tercium bau arak yang sangat kuat! Haa…sudah.

Bercerita lanjut mengenai kes berkenaan, Ismail berkata, dia masih buntu atas sebab apa dia diserang oleh Aliff. Selain itu, kecederaan yang dialami mangsa juga bukan calang-calang kerana perlu melakukan pembedahan dengan kadar segera pada kos RM10,000.

Memetik cerita mangsa yang disiarkan portal BeautifulNara,

“Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.

Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.

Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.

Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.

Aliff Aziz Mabuk [2]

Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat. Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000.

Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak.

Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini.”

Kesian sungguh mendengar luahan hati si mangsa yang ralat dengan kejadian tersebut. Mana taknya, dia langsung tak tahu hujung pangkal kenapa dia dicederakan. Lagi pula, dia telah berusia 53 tahun, maka faham-fahamlah kudrat yang dia ada, dah tentu tak mampu melawan kembali kudrat lelaki lebih muda daripadanya.

Buat Aliff Aziz, sudah-sudahlah dengan cerita negatif. Lama-lama, peminat boleh naik muak dengan tindakan anda yang lebih dikenali dengan kisah peribadi berbanding pencapaian dalam bidang nyanyian.-Mynewshub.cc

Zizie Ezette Tawar iPhone 6 Buat Peminat Sempena Hari Jadi

Murah hati sungguh Zizie Ezette, pelakon yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar.

Zizie Ezette Tawar iPhone 6

Kalau secara tradisinya individu yang menyambut hari lahir pasti akan menerima hadiah, Zizie berbuat sebaliknya.

Melalui akaun Instagram yang baharu dibuka menggunakan nama @zizieizette, aktres popular tersebut menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah cukup lumayan iaitu telefon bimbit iPhone 6 dan minyak wangi bersempena hari lahirnya yang bakal menjelang pada 30 Disember depan.

Setakat ini, akaun tersebut telah diikuti lebih 12 ribu pengikut dan peraduan sudah pun bermula beberapa hari lalu.

Cara menyertainya mudah sahaja iaitu pengikut instagram tersebut cuma perlu jawab soalan yang diajukan Zizie menerusi beberapa pos yang dimuatnaik.

Zizie Ezette Tawar iPhone 6 [2]
Zizie Ezette Tawar iPhone 6 [3]
Zizie Ezette Tawar iPhone 6 [4]

Ya, betul apa yang dikatakan Zizie.. apa salahnya berkongsi rezeki dengan pihak lain kerana ia akan menambahkan lagi kemurahan rezeki sendiri.

Buat peminat di luar sana yang menginginkan pemberian hadiah dari Zizie, bolehlah berkunjung ke akaun instagramnya dan jawab soalan yang diajukan.