Yuna Dipilih Bintangi Kempen Iklan Barney New York

Nama Yunalis Zarai atau Yuna memang tidak dapat dinafikan kini semakin mekar berkembang di negara Amerika Syarikat.

Yuna

Selain dikenali dengan lagu-lagu nyanyian yang merdu, Yuna juga digemari ramai kerana fesyen turban unik yang diketengahkannya.

Terbaharu, Yuna telah dilantik menjadi antara 76 wajah kempen untuk jenama fesyen Barney New York bergandingan bersama individu-individu lain yang bermastautin di negara Uncle Sam itu.

Tema bagi musim bunga Barney New York pada tahun ini ialah kempen yang diberi nama Brothers, Sisters, Sons & Daughters.

[Sumber]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon