Beberapa bulan lalu, peminat pelakon Wawa Zainal dikejutkan dengan kes ‘kecurian’ kereta model Suzuki Swift miliknya yang dimaklumkan menerusi akaun Twitternya.
Ketika itu, dia tidak memberitahu siapakah pihak yang menjadi dalang dalam kes tersebut.
Bagaimanapun, dua hari lalu, suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel telah memuatnaik ‘textgram’ berikut:
Ia sekaligus menghangatkan semula kes kereta kehilangan kereta tersebut dan kali ini dikaitkan dengan produser filem, David Teo yang juga pemilik syarikat produksi, MIG Production yang pernah menguruskan karier mereka sebelum ini.
Justeru, menerusi Murai.com, David berkata, dia tidak faham mengapa Aeril masih terus memperbesarkan isu kereta tersebut sedangkan ia adalah hak syarikat.
“Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari 2014 menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat,” katanya.
Ketika itu, Wawa membalasnya dengan berkata dia sudah keluar dari pengurusan MIG dan tidak perlu lagi dihubungi oleh pihak pengurusan biarpun kontraknya masih berbaki sehingga tahun 2015.
Pada masa yang sama, David masih memberi peluang kepada pasangan itu untuk berbincang secara baik kerana mereka sudah dianggapnya seperti anak sendiri.
Kami rasa ada betulnya apa yang dikatakan oleh produser itu.
Tak perlulah guna laman sosial untuk meluahkan perasaan kerana ia tidak membantu dalam menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Bersemuka dan bincang dengan tenang, itu kan lebih afdal?
[Sumber]

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon