Gambar Hanis Zalikha Tayang Buah Dada Dikecam

Agak jarang sebenarnya gaya dan pemakaian pengacara dan pelakon Hanis Zalikha dikecam oleh peminat.

Hanis Zalikha Tayang Buah Dada

Ini kerana, dia tidak terlalu kerap memakai pakaian yang mencolok mata seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti wanita.

Bagaimanapun, menerusi beberapa portal hiburan, satu gambar Hanis bersama pelakon Hairul Azreen tiba-tiba menjadi panas gara-gara baju putih tanpa lengan yang dipakainya.

Gambar yang dimuatkan di Instagram itu juga dilihat menampakkan bentuk pakaian dalam yang dipakainya.

Ia sekaligus mengundang kritikan daripada para peminat yang menyifatkan Hanis semakin seksi sejak popularitinya meningkat.

Menerusi tinjauan kami di akaun Instagramnya, gambar tersebut sudahpun dipadamkan.

Harapnya selepas ini Hanis akan lebih berhati-hati dalam berpakaian kerana statusnya bukan sahaja sebagai selebriti, tetapi juga blogger yang diminati ramai dan menjadi contoh kepada remaja di luar sana.-Oh!Bulan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon